KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 Jun 2010

Kehangatan World Cup Mania 2010 di The Red Warriors Station.



Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

The Red Warriors FM (Trw.FM) dengan kerjasama The Red Warriors Cafe akan menganjurkan World Cup Mania 2010 di The Red Warriors Station di Kelantan Trade Centre bermula 11 Jun sehingga kemuncak Piala Dunia bulan hadapan.

Pelbagai aktiviti disamping menu sempena Piala Dunia akan disediakan kepada semua pengunjung yang hadir ke The Red Warriors Station.

Menurut pengurus operasi Trw.FM, Wan Muhamad Zul Ikman Jaafar, aktiviti yang dianjurkan bertepatan dengan tema Piala Dunia yang akan bermula esok (hari ini).

Pihak kami akan menyediakan dua skrin bersaiz besar bagi memberi peluang kepada semua peminat bola sepak menyaksikan dengan lebih dekat pasukan sokongan mereka beraksi di kejohanan terbesar.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut disediakan kepada pengunjung yang bertandang seperti pertandingan play station, dam haji, timang bola, pertandingan mewarna, lukisan karikatur, karaoke dan kuiz Piala Dunia 2010, jelas Wan Muhamad Zul Ikman.

Kesemua aktiviti ini mendapat kerjasama penuh dari pihak KAFA selain rakan penaja bagi memeriahkan sambutan Piala Dunia.

Bagi pengelola, Hisham Lokman, pihak Cafe dan Trw.FM akan memanaskan lagi kejohanan ini dengan pelbagai acara menarik beserta hadiah untuk semua peminat bola sepak di Kelantan.

Selain aktiviti tersebut, pihak penganjur juga menyediakan persembahan 'Live Band' selain harga promosi bagi makanan yang dijual The Red Warriors Station.

Justeru itu, kami mengalu-alukan anda semua untuk berkunjung ke The Red Warriors Station di Kelantan Trade Centre (KTC) untuk menikmati sendiri kehangatan bola sepak Piala Dunia disamping menyertai pelbagai acara dan aktiviti yang dibawakan khas kepada peminat bola sepak di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular