KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 23 Jun 2010

Amzar Juara Play Station Trw.FM.



Kejohanan play station 2 Winning Eleven World Cup Mania 2010 anjuran Trw.FM di The Red Warriors Station, Kota Bharu, berlangsung hangat, Ahad Lepas.

Pertandingan yang diadakan sempena kehangatan Piala Dunia mendapat penyertaan seramai 24 orang untuk bersaing merebut piala, medal dan hamper yang ditawarkan.


Mohd Amzar Kamarudin membuktikan sentuhan hebatnya apabila muncul juara kejohanan menewaskan pesaing terdekat, Mohd Kamil Bonyamin 6-0 dalam perlawanan akhir.

Sebelum itu, Wan Amirul Amsyar Wan Ahmad Jailani menundukkan Mohd Hafiz Johari 4-1 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Menurut pengelola kejohanan, Wan Muhammad Hafiz Wan Jaafar, penyertaan 24 orang peserta menepati sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Kami berpuas hati malah tidak menjangka pertandingan ini akan mendapat sambutan baik dari peminat permainan interaktif di Kelantan.

Satu lagi pertandingan play station 2 Winning Eleven akan dianjurkan di The Red Warriors Station dalam masa terdekat sebelum pemenang kedua-dua kejohanan akan berentap dalam perlawanan kemuncak 'Batle of The Champion'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular