KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 24 Mei 2011

KAFA pecah rekod...

KAFA ingin memecahkan rekod untuk sukan bolasepak di Malaysia apabila menawarkan tiket berharga RM1000.Di fahamkan tiket tersebut dikhaskan untuk penaja-penaja yang ingin memberi sumbangan kepada KAFA dalam merealisasikan impian merangkul Piala FA musim ini.Penaja-penaja akan diberikan tiket kapal terbang serta penginapan serta kemudahan pengangkutan ke Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan.



Selain dari pakej RM1000 tiket vip yang berharga RM500 dan RM150 juga dijual kepada mereka yang berminat.

Berikut adalah petikan dari facebook TSAM :

Package TERISTIMEWA FA CUP FINAL...TERBANG VIP BERSAMA PASUKAN...hanya dgn menyumbang(minima rm1000)kpd trw anda akan mendapat Tiket penerbangan Pergi(jumaat)balek(ahad)BERSAMA TRW,hotel,tiket VIPperlawanan dan pengankutan airport-hotel-stadium....TEMPAT TERHAD DAN DIPILIH MENGIKUT JUMLAH DERMA TERTINGGI DAN FIRST COME FIRST SERVE..SEBARKAN ...

Dengan kedudukan selaku pendahulu Liga Super berbekal 44 mata - walaupun seri 2-2 ketika menentang Harimau Muda A di Shah Alam, kelmarin - pemain berpengalaman itu beranggapan The Red Warriors memiliki segala ramuan buat mencipta gemilang di bawah pengendalian Datuk M Karathu.

“Kami sudah pun berjaya menjulang Piala Sumbangsih awal musim ini. Saya rasa musim ini menjadi musim terbaik kepada Kelantan untuk terus merangkul gelaran tambahan, termasuk Piala FA dan Liga Super.

“Kejayaan layak ke final Piala FA (11 Jun ini) menjadi satu lagi petanda baik kepada kita untuk melihat Kelantan menjulang baki kejuaraan dalam liga tempatan (Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super). Namun ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Piya.

Esok, Kelantan akan bertemu T-Team di tempat sendiri dan pemain itu jelas ghairah mahu membimbing rakan sepasukan merakamkan kemenangan penting di hadapan penyokong setia.

Ketika disentuh mengenai peluang pasukannya pada final Piala FA, Piya yang mula menyertai Kelantan sejak 2009 lalu berkata kejayaan menumpaskan Selangor dengan jaringan besar di separuh akhir lalu jelas menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk melihat The Red Warriors menjulang lebih banyak kejuaraan dalam satu musim.

“Saya masih beranggapan peluang Kelantan dan Terengganu masih seimbang, 50-50 tetapi kami perlu berwaspada dengan ancaman mereka terutama jentera serangannya yang begitu konsisten dalam pemburuan gol musim ini,” katanya.

Isnin, 23 Mei 2011

Kijang Ikat Harimau Di Shah Alam.

RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Kelantan kempunan mengutip tiga mata penuh selepas dipaksa seri 2-2 Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bermula garang, Kelantan dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-15 hasil jaringan Izzat Faris Ramlan selepas menerima hantara jauh penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi.

Tidak menunggu lama, The Red Warriors melancarkan beberapa gerakan berbahaya dan berhasil menyamakan kedudukan melalui tandukan kencang S. CHanturu selepas menerima hantaran sepakan sudut Mohd Badri Radzi pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda A menjaringkan gol kedua, sekali lagi melalui Izzat Faris Ramlan pada minit ke-69 selepas menerima hantaran baik dari fandi Othman sebelum meledak deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


Ketika perlawanan hampir tamat, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Sang Kijang selepas melakukan aksi menggelecek baik sebelum melepaskan sepakan mengelirukan untuk gol penyamaan pada minit ke-86.

Selepas gol tersebut, Kelantan mengandakan asakan untuk mencari gol kemenangan namun pihak lawan pantas bertahan untuk mengikat kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Lain-lain keputusan, Terengganu naik satu anak tangga ke kedudukan kedua ekoran kejayaan membenam Negeri Sembilan 3-0 selepas Selangor tewas mengejut 1-2 kepada Pahang di Kuantan.

Perak menang tipis 1-0 keatas Felda, Sabah kalah 1-3 kepada T-Team manakala Kedah seri 0-0 dengan Kuala Lumpur.

Perlis kekal di tangga tercorot selepas tumpas 1-2 kepada Johor FC di Pasir Gudang.

Menarik kah perlawanan Akhir Piala FA 2011 nanti?

Final Piala Fa 2011 akan berlangsung kurang tiga minggu lagi,bahangnya sudah dapat dirasakan dikalangan penyokong-penyokong setia The Red Warriors dan penyokong-penyokong 'Sang Penyu'.


Ada yang mempersoalkan 'kehebatan' malam final tersebut ekoran terdapat dua perlawanan yang melibatkan Kelantan dan Terengganu.Sebelum final piala FA berlangsung kedua-dua pasukan dijadualkan berentap dalam kempen Liga super pada 6 jun ini.

FAM perlu membuat keputusan penting jika ada permintaan dari kedua-dua persatuan agar di tunda perlawanan liga super melibatkan Terengganu dan Kelantan.

Ironinya perlawanan Liga Super tersebut perlu ditangguhkan kerana sebarang keputusan yang melibatkan kedua-dua pasukan sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada penyokong kedua-dua pasukan.

Jika ditangguhkan 'klimaks' perlawanan akan lebih menarik lagi..Mungkin akan ada dua 'klimaks' iaitu perlawanan akhir Piala Fa dan perebutan juara Liga Super yang memungkinkan Kelantan dan Terengganu terpaksa membuat penentuan dihujung musim liga super nanti.

KAFA sedia bantu penyokong

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersedia membantu menguruskan pembelian tiket untuk peminatnya menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 11 Jun ini. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya juga telah berunding dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mengadakan perkhidmatan tempahan khas bagi penyokong negeri itu bertandang ke Stadium Nasional.
"Ini bagi memastikan 60,000 penyokong Kelantan yang bakal menyaksi dan memberi sokongan kepada pemain dari negeri ini," katannya pada majlis orientasi dan pendaftaran Pelatih-Pelatih Akademi Red Warriors Al-Amra (Army) di Pangkal Kala, dekat Kota Bharu semalam.
Pada majlis itu, seramai 320 pelajar pelbagai peringkat umur menyertai akademi itu yang bertujuan melahirkan pemain pelapis yang bakal mewarisi kegemilangan pasukan bola sepak Kelantan.
Annuar berkata, penyokong yang ingin ke Kuala Lumpur secara rombongan supaya menghubungi KAFA bagi mendapatkan tiket.
Katanya, tempahan tiket juga boleh dibuat melalui Internet dan setiap orang boleh membeli empat tiket secara online dengan melayari www.redwarriors@tiket.com.my.

Ahad, 22 Mei 2011

Kapten Kelantan Jadi Imam.

Petikan Harakah Online.




RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Bakal ketua pasukan TRW pada masa depan berpeluang menjadi imam kepada Menteri Besar Kelantan selepas siapnya pembinaan kompleks sukan yang akan menempatkan juga sebuah stadium baru berkapasiti 40 000 tempat duduk.

Harapan itu disuarakan sendiri Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguan di medan ilmu, pagi kelmarin.

Selain mengumumkan ingin menjadi makmun kepada ketua pasukan selepas terbinanya stadium itu nanti, Menteri Besar Kelantan itu turut mengulangi tekad kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan tersebut tanpa meninggalkan suruhan agama.

Sebelum ini, Tuan Guru dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri mengumumkan pembinaan kompleks sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh akan dimulakan tidak lama lagi.

The Red Warriors Perlu Menang 5 Drpd 6 Last Match


"Kelantan perlu menang 5 daripada 6 game jika kita nak jadi champion musim ini."

Datuk M.Karathu mahu pemain Kelantan kekalkan prestasi terbaik
mereka sehingga akhir musim dan seterusnya menjulang pasukan
Kelantan sebagai pasukan sang Juara musim 2011.

Itulah kata terakhir Datuk M.Karathu pada malam jumaat lalu yang menyaksikan anak didiknya kembali merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super daripada Selangor. Ternyata Kemenangan 3-1 The Red Warriors di Kuala Lumpur tempoh hari melonjak pasukan itu di tangga pertama dengan kelebihan satu mata mengatasi Selangor.



Meskipun keletihan setelah all out dalam aksi separuh akhir Piala FA dengan Selangor sebelum ini, Datuk M. Karathu tetap memuji persembahan para pemain Kelantan yang tidak berhenti-henti melakukan asakan ke kubu Felda United. Menurutnya, beberapa pemain Kelantan sudah mula mempunyai confident level yang cukup baik dan pasti memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan sewaktu bertemu dengan pasukan yang baru promoted seperti Felda United.


Para pemain Kelantan perlu bekerja keras dalam baki enam
perlawanan terakhir Liga Super jika inginkan kejuaraan musim ini.

Dengan Liga Super musim 2011 hanya berbaki enam perlawanan sahaja lagi, Kelantan dilihat mempunyai peluang dan ruang untuk bergelar Juara Liga Super buat julung kalinya sejak hampir 40 tahun dalam arena bolasepak Malaysia.

Tiga aksi yang berlangsung di gelanggang lawan ialah :
Kelantan menentang Harimau Muda A 22 Mei 2011
Kelantan menentang Terengganu 25 Mei 2011
Kelantan menentang Sabah 5 Julai 2011

Tiga aksi yang berlangsung di Kota Bharu :
Kelantan menentang Pahang 14 Jun 2011
Kelantan menentang T-Team 21 Jun 2011
Kelantan menentang Perak 30 Julai 2011

Farhan Bakal Kembali Bersama Kelantan?


Norfarhan Muhammad antara penyerang berbisa yang pernah dimiliki
Kelantan sebelum ini serta merupakan penjaring sulung gol pada Final Piala FA 2009.

Setelah pelbagai masalah yang timbul dalam pasukan bolasepak berstatus kelab, Terengganu T-Team kini dikhabarkan bakal dibubarkan.. Mungkin prestasi hambar mereka pada saingan Liga Super musim ini mula mendatangkan rasa kurang puas hati peminat dan pihak pengurusan kelab itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, khabar angin terus bertiup kencang sehingga terbias di negeri Kelantan. Kononnya bekas penyerang Kelantan musim lalu, NorFarhan Muhammad bakal kembali ke pangkuan The Red Warriors musim depan.


Kini NorFarhan sebahagian daripada kekuatan T-Team.

Spekulasi mengenai pemain yang pernah menjarung jersi nombor 10 The Red Warriors itu ternyata kurang disenangi oleh para penyokong The Red Warriors.. Namun ada yang bersependapat bahawa pihak pengurusan perlu memberi peluang kepada NorFarhan Muhammad untuk kembali ke Kelantan seperti penyertaan semula Khalid Jamlus bersama pasukan Kelantan.


NorFarhan juga menjadi wira Kelantan apabila meledak
hatrik pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009.

Apa-apa pun, kelibat NorFarhan Muhammad bakal dinanti-nantikan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors pada pertemuan antara T-Team dengan Kelantan di Kota Bharu pada 21 Jun ini. Selain Farhan, beliau juga turut ditemani bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin dan Azizi Mat Rose.

Red Warriors resah

PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, bimbang dengan keadaan beberapa pemain yang masih kepenatan, malah ada yang mengalami sedikit kecederaan dan demam ketika Kelantan bakal berdepan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, malam ini.
Menurut Azman, jadual permainan yang ketat tidak memberi peluang kepada pemain untuk mendapat rehat mencukupi sekali gus menyumbang kepada masalah itu.

Bagaimanapun, semangat juang dan kesungguhan tinggi dimiliki pemain skuad Kijang menjadi azimat untuk mempamer persembahan terbaik malam ini. “Saya bimbang dengan keadaan beberapa pemain yang masih kelihatan penat, ada juga yang mengalami kecederaan ringan dan demam, namun diharap pemain segera pulih dan kembali cergas untuk beraksi pada malam ini.

“Jadual memang ketat pada bulan ini menyebabkan pemain letih tapi saya percaya dengan semangat juang dan kesungguhan pemain, Kelantan akan terus berusaha meraih kemenangan,” katanya. Azman berkata, Kelantan perlu terus menewaskan lawan bagi memastikan sasaran menjuarai Liga Super tercapai.

“Kelantan perlu menang untuk mengekalkan kedudukan teratas liga kerana kini hanya dibezakan satu mata dengan Selangor.

“Kesilapan boleh menyebabkan kami keciciran mata dan kedudukan liga dirampas lawan sekali gus menyebabkan pasukan berdepan tugas sukar menjuarai Liga Super tahun ini," katanya yang menaruh keyakinan Red Warriors mempunyai kelebihan untuk mencipta kemenangan selepas berjaya menundukkan pasukan itu 2-1 di Kota Bharu 1 April lalu pada pusingan pertama Liga Super.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, dia perlu mencongak strategi terbaik dalam pemilihan pemain kerana bakal berdepan pasukan kuat yang dibarisi pemain muda yang dipimpin Ong Kim Swee.

“Saya perlu berhati-hati menurunkan kesebelasan utama berikutan pemain masih lagi penat selain ada juga yang cedera ringan dan demam.
“Ketua pasukan, Mohd Badri Radzi misalnya mengalami kecederaan ringan di pergelangan kaki.

“Kami sedar Harimau Muda A pasukan yang kuat kerana dibarisi ramai pemain muda dan berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa tapi saya percaya Kelantan tetap akan memberi cabaran, malah mempamer aksi terbaik untuk meraih kemenangan," katanya.

Catatan Popular