KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 21 Februari 2011

Logo Akademi Bola Sepak Kelantan
Alhamra Red Warriors Academy
Dari Laman FB Tan Sri Annuar Musa.
Kijang Temu Lebah.


Kelantan diundi bertemu Johor FC dalam perlawanan Piala FA 2011 pusingan kedua.

Sang Kijang layak ke pusingan kedua selepas menundukkan Terengganu T-Team dalam perlawanan yang berlarutan sehingga kepada penentuan sepakan penalti.

Manakala Johor FC turut layak ke pusingan kedua ekoran kemenangan besar membelasah SPA FC dengan jaringan 5-0.

Perlawanan akan di langsungkan pada 4 Mac ini di Stadium J'Corp Pasir Gudang.

Karnival Hari Keluarga The Red Warriors 2011


Lagi info : klik TRW 2011 atau Isi Borang pendaftaran disini

Kemenangan bersandar nasib

KOTA BHARU - Biarpun mara ke pusingan kedua, namun kejayaan Kelantan menyingkirkan saingan T-Team dalam perlawanan kalah mati pusingan pertama kempen Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin boleh disifatkan bersandarkan kepada nasib semata-mata. Berita introsambungan beritaKejayaan mara ke pusingan kedua bukannya mudah apabila Kelantan dipaksa bekerja keras untuk mencipta kemenangan setelah kedudukan terikat 1-1 sehingga ke masa tambahan.

Penentuan pemenang mutlak akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti, sesuatu yang cukup tidak digemari setiap pasukan yang bertanding dalam saingan kalah mati sekiranya keputusan masih berkedudukan seri sehingga ke masa tambahan.

Sepakan penalti pasukan Kelantan disempurnakan Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Danial Fadzly Abdullah.

Sementara sepakan penalti pasukan T-Team pula mudah disudahi Indra Putra Mahayuddin, Khairul Izwan Khalid, Mohd Haris Safwan Md Kamal, Muhd Badrul Hisani Abd Rahman, Shamsul Kamal Mohamad.

Sementara sepakan terakhir pemain pertahanan, Norfazly Alias tersasar menyaksikan Kelantan melenyapkan cabaran pasukan berstatus kelab itu dengan keputusan 6-5.

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui situasi perlawanan tempoh hari memberi tekanan kepada anak buahnya dalam mencipta kemenangan hingga memaksa perlawanan berlarutan sehingga masa tambahan sebelum The Red Warriors muncul sebagai pemenang menerusi sepakan penalti.

“Saya akui T-Team merupakan sebuah pasukan yang kuat, mereka amat berbeza daripada empat pasukan yang kita hadapi sebelum ini.

“Mereka turun dengan semangat luar biasa untuk mengalahkan kita dan kita berhadapan dengan satu tekanan yang cukup hebat sebelum keluar sebagai pemenang,” katanya.

Menurutnya, pasukan Kelantan diheret sehingga masa tambahan sebelum menang menerusi sepakan penalti.

“Dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan berlangsung, anda dapat lihat mereka menyerang habis-habisan daripada segenap penjuru padang untuk menjaringkan gol namun pintu gol kita terselamat daripada dibolosi.

“Memang kita bermain secara bertahan dalam perlawanan itu kerana mereka kerap melakukan serangan pantas ke arah pintu gol, apatah lagi mereka gemar melakukan hantaran jauh di samping perebutan bola tinggi sentiasa memihak kepada mereka, saya terpaksa menggunakan formasi 4-2-3-1 bagi mengukuhkan benteng pertahanan dan bahagian tengah,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak berpuas hati dengan jentera serangan Kelantan yang disifatkan tidak bernafsu besar ketika melakukan serangan ke pintu gol pasukan tuan rumah.

"Penyerang kita iaitu Muhammad Ramzul Zahini (Adenan) dan Mohd Nizab (Ayub) tidak dapat atasi kekebalan benteng pertahanan mereka.

“Muhammad Ramzul Zahini tidak sesuai bermain di sebelah tepi, Norshahrul Idlan (Talaha) pula jelas keseorangan dalam mencipta peluang walaupun pergerakannya tidak dibayangi pemain pertahanan T-Team,” katanya semalam.


Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana memperoleh kemenangan dalam perlawanan ini.

“Jika sepakan penalti Norshahrul Idlan menerjah jaring saya percaya kita seharusnya meraikan kemenangan lebih awal.

“Namun itulah bola sepak, kadang-kala penentuan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti,” katanya. -Sinar Harian.

p/s : di manakah soley ketika ramzul mengaku x boleh main di tepi.... nizab lemas di posisi 'flanker'.... fikir-fikirkanlah....

Ahad, 20 Februari 2011

Piala Presiden 2011


: Kelantan mln Kedah :
: Isnin :
: 21hb Februari 2011 :
: Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu :
: 4.45 Petang :
: Tiket RM5.00 shj (Terbuka/Astaka) :

Semua penyokong Kelantan yang berkesempatan, dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada pemain muda The Red Warrirors.

Siaran Langsung Liga Super Sepanjang Februari


Info : Arena

Piala FA 2011:Kelantan lawan Johor FC di Pusingan kedua

Johor FC mengesahkan akan bertemu Kelantan dalam saingan Piala FA pusingan kedua yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 march ini.Johor FC mudah menewaskan SPA KL dengan jaringan 5-0.

Keputusan-putusan lain adalah :

Melaka 0 - 5 Sime Darby
Pahang 2- 1 Sabah
PDRM 1 - 4 Perak
Perlis 0 - 2 Felda Utd
PKNS 5 - 0 Muar FC
ATM 2 - 0 Sarawak
Melodi Jaya 0 - 4 Harimau Muda B
Suria NTFA 1 - 5 Johor
USM 1 - 2 Terengganu

Sabtu, 19 Februari 2011

Bukan Kemenangan Nasib.


Kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti yang diraih Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu bukan semata-mata kerana nasib.

Melihat pada persembahan kesebelasan utama Kelantan menunjukkan bahawa mereka bertandang ke arena T-Team untuk menang.

Memang tidak dinafikan keseluruhan perlawanan dikuasai pasukan tuan rumah tetapi serangan bertali arus yang diatur mereka berjaya dikekang dan peluang yang diperoleh Sang Kijang melalui serangan balas digunakan dengan sepenuhnya.

T-Team harus menyalahkan diri sendiri mengapa mereka gagal untuk memenangi perlawanan walau deretan peluang dihidangkan didepan pintu gol pasukan Kelantan.

Pujian sebenarnya harus diberikan kepada barisan pemain Red Warriors kerana memberikan fokus pada perlawanan walau seringkali diasak T-Team.

Keupayaan Kelantan menyerap asakan dan pantas menyerang menunjukkan tahap keupayaan mental para pemain yang begitu kuat menangkis tekanan perlawanan.

Maka, wajar buat pasukan Kijang pulang ceria ke Kota Bharu menewaskan T-Team berdasarkan kekuatan mental dan fizikal bukan bersandarkan nasib semata-mata.

Kelantan ke Pusingan Kedua.


Kelantan layak ke pusingan kedua Piala FA 2011 selepas menundukkan T-Team 6-5 dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Keputusan masa sebenar dan tambahan masa tiga puluh minit menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Walaupun beraksi di gelanggang lawan, pemain Kelantan bertindak bijak menyerap asakan demi asakan yang dilakukan T-Team melalui rangkaian Norfarhan, Indra dan Haris Safwan.

Separuh masa pertama menyerlahkan penguasaan tuan rumah dihadapan ribuan penyokong setia mereka tetapi benteng pertahanan Kelantan memberikan aksi baik untuk membantu Khairul Fahmi mempertahankan kubu dari dibolosi.

Permulaan babak kedua, Kelantan mengatur gerak pantas untuk mencari gol pertama dan hasilnya, Rizal Fahmi Rosid yang menerima bola hantaran sepakan sudut Nurul Azwan Roya melakukan tandukan separa terbang menewaskan Shamsuri Mustapha pada minit ke-52.

Tidak menunggu lama, Indra Putra Mahayudin menyamakan kedudukan buat T-Team pada minit ke-61 menerusi satu sepakan volley dari jarak dekat hasil hantaran lintang Haris Safwan Kamal.

Kelantan sebenarnya berpeluang menamatkan perlawanan dalam masa sebenar namun Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-93 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Tambahan masa tiga puluh minit turut gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk mencari gol kemenangan.

Dalam penentuan penalti, Nor Fadzli Alias mengecewakan kem T-team apabila sekadar menyepak keluar untuk memberikan kemenangan maruah buat anak didik M. Karathu.

Kesebelasan Utama

T-Team: Yunus Alif.

Shamsuri Mustapha (Pg) Norfazly Alias, Azizi Mat Rose, Subri Sulong, Rosdi Talib (Kp) Indra Putra, Tengku Hasbullah, Amzar Junaidi, Norfarhan Mohamed Saufi Sa'adi dan Haris Safwan Kamal.

Kelantan: M. Karathu.

Khairul Fahmi Che Mat (Pg), S, Subramaniam, Rizal Fahmi, Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaludin, Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya, Ramzul Zahini Adnan dan Norshahrul Idlan Talaha.


Statistik Perlawanan:

PBDKT T-Team FC 1 - 1 Kelantan FA
Indra Putra Mahayudin (m61)-(m52) Rizal Fahmi Rosid

Penalti :

PBDKT T-Team :
Indra Putra Mahyudin [GOL]
Khairul Izuan [GOL]
Haris Safwan [GOL]
Badrul Hisani [GOL]
Shamsul Kamal [GOL]
Fazdly Alias [MISSED]

Kelantan :
Norshahrul Idlan Talaha GOL
Rizal Fahmi Rosid [GOL]
Nurul Azwan Roya [GOL]
Shakir Shaari [GOL]
Daudsu Jamaludin [GOL]
Danial Fadly [GOL]

Catatan Popular