KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 22 November 2013

Red Warriors Masih Ada Kualiti

Tengku Hasbullah Raja Hassan
KOTA BHARU – Pengendali baharu Kelantan, Steve Darby percaya, skuad Red Warriors masih memiliki kualiti biarpun kehilangan ramai tonggak utama apabila menghadapi musim 2014.
Selepas merangkul kejuaraan treble pada 2012, Kelantan hanya mampu meraih gelaran Piala FA musim ini. Mereka melepaskan mahkota Liga Super kepada LionsXII, sebelum kalah kepada Pahang dalam final Piala Malaysia.
“Walaupun kami kehilangan tujuh tonggak, Kelantan masih memiliki kualiti. Khairul (Fahmi Che Mat) antara penjaga gol terbaik di Asia. Nik Shahrul Azim adalah tonggak pertahanan berbakat, malah saya menjangkakan kita akan melihat kebangkitan (Ahmad) Fakri Saarani musim depan,” kata Darby.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, bekas pemain tengah Kedah, Tengku Hasbullah Raja Hassan hampir pasti menyarung jersi Red Warriors musim depan.
Menurut sumber, rundingan di antara pemain tersebut dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah memasuki fasa terakhir.
Kata sumber itu lagi, kedua-dua pihak dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran yang dibuat dan hanya menunggu masa untuk menandatangani kontrak.
“Kontrak antara Tengku Hasbullah dengan KAFA akan dibuat sebaik sahaja pengurus Red Warriors, Azman Ibrahim pulang dari mengerjakan umrah bersama pemain Kelantan yang berjaya muncul naib juara Piala Malaysia.
“Kehadiran pemain ini dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mohd. Shakir Shaari yang berhijrah ke Johor Darul Takzim musim depan,” kata sumber itu.
Tengku Hasbullah antara beberapa muka baharu yang akan dibawa masuk Kelantan, selain penyerang Negeri Sembilan, Mohd. Shakir Ali.
Kelantan juga dikhabarkan hampir pasti mengikat pemain sayap Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, bekas penyerang import Selangor, Forkey Doe dan penggempur Polis, Mohd. Khairul Ismail.
Sumber itu turut menambah, kontrak Tengku Hasbullah bersama Kedah tidak disambung dan dia bebas memilih pasukan baru.

Rabu, 20 November 2013

Pemergiaan Shakir Satu Kehilangan Buat TRW


Shakir Shaari
Pemergian pemain tengah paling berkaliber, Shakir Shaari yang berpindah ke Selangor tidak lagi dapat dinafikan oleh peminat-peminat The Red Warriors (TRW).
Kehilangan beliau bukan sahaja menyentap hati penyokong pasukan, malah, gandingannya bersama ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi sudah tentu lebih merasai ketiadaan Shakir.
Mana tidaknya, Badhri atau Piya sebelum ini serasi bersama Shakir yang sentiasa membantunya di bahagian tengah pasukan hingga mereka berjaya membentuk persefahaman yang mantap.
Sehubungan itu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, TRW perlu mendapatkan seorang pemain ‘otai’ bagi membantu Piya dan pasukannya mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
“Saya dan ketua jurulatih (Steve Darby) akan memuktamadkan senarai pemain TRW 2014 dan tempoh sehari dua diperlukan untuk menguruskan kertas kerja satu atau dua pemain baru.
“Kita terpaksa mencari seorang ‘otai’ di bahagian tengah untuk Piya. Secara keseluruhannya, pemain kita terutama kesebelasan utama agak menarik dan bertenaga. TRW tetap pencabar utama dalam liga,” katanya pada laman Facebook miliknya.
Annuar mengaku sukar mendapatkan pemain berkualiti bagi mengisi kekosongan ditinggalkan ramai pemain tonggak dan situasi itu pertama kali dirasai TRW.
“Sukar mahu mendapatkan pemain apabila hujung musim begini. Banyak pula pasukan yang kaya dan berbelanja besar dalam usaha memantapkan pasukan masing-masing,” katanya.
Selain pemain tengah itu, antara tonggak yang turut berpindah termasuk Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Mohammad, Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rashid, Izwan Solahuddin dan penyerang import, Dickson Nwakame.

Selasa, 19 November 2013

Aziz Kekal Bersama Kelantan

Mohammad Aziz Ismail
KOTA BHARU – Tonggak pertahanan kiri Kelantan, Mohammad Aziz Ismail memilih untuk terus berbakti bersama The Red Warriors selepas mengikat kontrak selama dua tahun, Sabtu lalu.
Mohammad Aziz yang hampir pulih dari kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) lulut kanan berkata, dia akan mula menjalani latihan bersama The Red Warriors pada 15 Disember ini.
Menurutnya, ia merupakan latihan pertamanya bersama The Red Warriors selepas berehat selama setahun gara-gara kecederaan yang dialami ketika pertemuan persahabatan dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, 12 Disember 2012 lalu.
“Akibat kecederaan tersebut, doktor menasihatkan saya supaya berehat selama setahun untuk kembali pulih sepenuhnya.
“Alhamdulillah kecederaan tersebut hampir pulih, walau bagaimanapun saya tidak mahu mengambil risiko dan memerlukan sedikit masa untuk kembali pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Tambahnya, dia membayangkan untuk beraksi sepenuhnya dalam perlawanan kompetitif antara tiga hingga empat bulan akan datang.
Mohammad Aziz antara tonggak pertahanan yang masih setia bersama The Red Warriors musim ini selepas beberapa rakan sepasukannya di posisi berkenaan iaitu Azizi Mat Rose, Mohd. Daudsu Jamaludin, Mohd. Rizal Fahmi Rosid dan S. Subramaniam mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan baharu.
Meskipun kehilangan empat tonggak di posisi berkenaan, benteng Kelantan dilihat tetap utuh selepas beberapa muka lama seperti Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mohd. Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak dan Obinna Nwaneri memutuskan untuk terus kekal bersama The Red Warriors.
Dalam pada itu, Mohammad Aziz mengakui bakal berdepan tugas sukar mendapatkan semula tempat di posisi berkenaan kerana terpaksa bersaing dengan pemain sedia ada.
Katanya, dia perlu bekerja lebih keras untuk kembali ke prestasi sebenar sekali gus memikat hati ketua jurulatih untuk memilihnya beraksi bersama Kelantan.

Ahad, 17 November 2013

‘Darby Kena Guna Acuan TRW’

Steve Darby
Jangan terapkan corak ‘ala Harimau Malaya’ hadapi Liga-M: Annuar
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih baru Kelantan, Steve Darby diminta menampilkan corak permainan acuan The Red Warriors (TRW), bukan meniru teknik dan corak diterapkan Harimau Malaya bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, kata Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang menyifatkan 2014 sebagai permulaan pusingan kedua dalam tempoh lima tahun buat pasukan dalam membina asas sebelum Liga-M diswastakan pada 2015, berkata keutamaan akan diberi kepada pembangunan pemain muda.
“Untuk Liga-M musim depan, ketua jurulatih diminta untuk memperbaiki teknik dan tidak akan terus dengan corak ‘ala Harimau Malaya’. Kita akan cuba acuan lain iaitu acuan Kelantan tersendiri,” kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya, semalam.
Piala FA penawar duka
Annuar berkata, tujuh kriteria ditetapkan bagi memilih pemain yang bakal menyarung jersi TRW yang akan diumumkan 26 November ini – salah satu daripadanya 80 peratus adalah pemain tempatan terdiri daripada anak jati Kelantan.
“Kedua, lebih daripada separuh pemain dalam pasukan perlu berusia 24 tahun ke bawah. Ketiga, tiada lagi pemain yang melebihi usia 30 tahun dalam pasukan kecuali kerana prestasi yang istimewa saja dan tidak melebihi tiga orang.
“Keempat, pemain import yang bakal disenaraikan wajib daripada pemain kebangsaan atau bekas pemain kebangsaan negara masing-masing. Kelima, sekurang-kurangnya 20 peratus pemain dalam pasukan perlu datang daripada skuad pelapis,” katanya.

Sabtu, 16 November 2013

Faiz Subri Berteka-Teki

Mohd Faiz Subri
PENYERANG Kelantan, Mohd Faiz Subri masih belum membuat keputusan sama ada kekal bersama Kelantan atau beralih angin ke PDRM musim depan, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.
Pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu berkata, setakat ini dia masih menghormati kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berakhir hujung bulan ini.
Menurutnya, hala tuju kerjayanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan diputuskan dalam masa terdekat.
“Buat masa ini saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kedudukan saya dalam Liga-M musim depan.
“Saya masih mempunyai kontrak bersama Kafa hingga akhir bulan ini.
“Seelok-eloknya saya tidak membuat sebarang komen untuk menjaga hati kedua-dua pihak,” katanya.
Ditanya kemungkinan dia akan kekal bersama skuad The Red Warriors (TRW) apabila turut mendapat tawaran untuk dilanjutkan kontrak musim depan, Faiz dengan nada ringkas berkata : “Insya-ALLAH, mungkin kekal mungkin tidak.
“Lagipun buat masa ini saya masih lagi memikirkan mana yang terbaik untuk saya.   Mungkin keputusan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam laporan media tempatan kelmarin melaporkan bahawa Faiz hampir pasti berhijrah ke PDRM apabila sumber pasukan itu mengatakan rundingan antara kedua-dua pihak sudah berada di tahap terakhir.
Selain Faiz, rakan sepasukannya, Ahmad Fakri Saarani dan Muslim Ahmad dari Johor Darul Takzim (JDT) juga bakal menjadi milik PDRM apabila turut berada dalam proses rundingan terakhir.

Jumaat, 15 November 2013

Kelantan Masih Utuh: Annuar

Annuar Musa
Kuala Lumpur: Walaupun dihimpit masalah kehilangan pemain utama termasuk penyerang import, Dickson Nwakaeme dan ketua jurulatih, Bojan Hodak yang tidak dilanjutkan kontrak kerana ‘meletak harga’ terlalu tinggi, tidak bermakna Kelantan akan menuju zaman kejatuhan.
Sebaliknya, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang dianggap nadi penting kejayaan skuad itu bertekad memastikan The Red Warriors (TRW) terus menjadi pasukan pencabar pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
KAFA tidak mampu bersaing Beliau yang mengakui KAFA tidak mampu bersaing dengan pasukan lain yang memiliki sumber kewangan yang lebih kukuh, tidak rela membiarkan TRW hancur tanpa sebarang usaha diambil.
“Ramai yang merasakan dengan perpindahan ramai pemain Kelantan termasuk Nwakaeme dan jurulatih (Bojan), TRW akan hancur. Yang mahu keluar kita tidak dapat halang namun tidak semestinya kita ranap begitu saja.
“Saya tetap berusaha dengan kudrat saya untuk membina TRW 2014 yang mampu memberi cabaran kepada mana-mana pasukan,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Annuar berkata, beliau akan umumkan 22 pemain Kelantan musim 2014 dalam tempoh terdekat ini kerana masih menunggu beberapa lagi kontrak untuk dimuktamadkan.
Difahamkan antara 22 pemain yang akan diumumkan itu termasuk nama penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat; ketua pasukan berpengaruh Kelantan, Mohd Badhri Radzi; pertahanan import, Obinna Nwaneri, Farishah Ismail, Zairul Fitree Ishak, Khairul Izuan Rosli, Syazwan Yusoff, Fakri Saarani dan Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin.
Sebelum ini, TRW hilang lapan pemain – Daudsu Jamaluddin, Shakir Saari, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rosid, Izuan Solahuddin, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad yang berpindah ke pasukan lain.
Mungkin juga berlaku kejutan seperti apa yang dilakukannya sebelum ini dengan beberapa keputusan atau pengumuman yang langsung tidak pernah dijangka termasuk menerima semula kemasukan Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose selepas ketiga-tiga pemain itu dipalit kontroversi perpindahan ke T-Team, tahun lalu.

Rabu, 13 November 2013

‘Jiwa Norfarhan Masih Terpahat Di TRW’

Mohd Norfarhan Muhammad
Mohd Norfarhan Muhammad
Johor Bahru: Hasrat Johor Darul Takzim (JDT) untuk mendapatkan khidmat penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad beraksi bersama pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan tidak kesampaian.
Ini berikutan pemain kelahiran Terengganu itu yang pada awalnya sudah bersetuju untuk beraksi bersama skuad Harimau Selatan, membuat pusingan U dengan memohon supaya dilepaskan.
Menurut kenyataan media Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd Norfarhan tidak akan bersama skuad Harimau Selatan musim depan kerana masalah peribadi dan keluarga.
“Pemain itu secara rasmi memohon untuk tidak bersama skuad itu musim depan dan polisi PBNJ lebih menumpukan kepada pemain yang benar-benar mahu berbakti kepada skuad Harimau Selatan.
“Oleh itu, PBNJ tidak akan menyekat kemahuan pemain itu dan berharap dia berjaya dengan pasukan baru pilihannya,” kata kenyataan itu semalam.
Di Kota Bharu, selepas dilepaskan JDT, Norfarhan kemungkinan akan menyarung jersi negeri atau kelab di sebuah negeri di Pantai Timur.
Mengikut sumber, Norfarhan atau lebih dikenali sebagai ‘Ben 10’ mahu kekal bersama The Red Warriors (TRW), namun dia buntu selepas KAFA tidak ‘membela’ nasibnya.
Ubah fikiran
Katanya, pada awalnya pemain itu menerima tawaran JDT, tetapi dia mengubah fikiran dan berhasrat untuk kekal bersama TRW atas faktor kemahuan keluarga dan peminat.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Norfarhan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi orang tengah untuk berunding dengan PBNJ bagi membolehkan dia kekal di Kelantan.
“Memang diakui Norfarhan menerima tawaran lumayan daripada JDT, tapi dia mahu kekal bersama TRW. Bagaimanapun, tiada seorang pun pegawai KAFA tampil untuk menjadi orang tengah membantunya,” katanya sambil menambah Norfarhan kini berada dalam tertekan berhubung isu itu.

Selasa, 12 November 2013

Zaharulnizam Sah Ke Kelantan


Zaharulnizam Zakaria (kiri) ketika beraksi bersama skuad negara menentang Australia.
Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan pemain sayapnya, Wan Zaharulnizam Zakaria bakal kembali ke pasukan kelahirannya Kelantan musim depan.
Menurut Kim Swee, pusingan u yang dilakukan Wan Zaharulnizam untuk ke Kelantan, melengkapkan kesemua 9 pemain yang berada dalam senarai untuk dilepaskan dan segala urusan mengenai perpindahan mereka wajib diselesaikan sekembalinya ke Malaysia.
Beliau berkata, walaupun ia dilihat keputusan mengejutkan dilakukan Wan Zaharulnizam, Kim Swee tetap gembira mengenai permintaan untuk mendapatkan khidmat pemain Harimau Muda.
Sementara itu, penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi Roslan mengesahkan sudah mendapat kelulusan daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu pada Jumaat lalu untuk menyertai Johor Darul Takzim (JDT) musim depan.
Menurut Izham, keputusan untuk beraksi bersama JDT musim depan sememangnya sukar apabila dua lagi penjaga gol terbaik turut berada dalam pasukan itu dan pemain kelahiran Terengganu itu bersedia untuk mencabar tempat dalam pasukan berkenaan

Shakir warnai cabaran Kelantan musim 2014


Shakir

     
            SEREMBAN: Selepas dua musim bersama Negeri Sembilan, penyerang Ahmad Shakir Md Ali (gambar) membuat keputusan untuk berubah angin dengan menyertai naib juara Piala Malaysia 2013, Kelantan bagi saingan Liga M musim depan. Pemain kelahiran Kedah yang akan menjangkau usia 25 tahun pada 9 Januari ini berkata, dia memilih menyertai The Red Warriors (TRW) bagi meningkatkan pengalaman sebagai pemain profesional dan bukan semata-mata kerana tawaran gaji lebih tinggi. “Keputusan ini tiada kaitan dengan tawaran gaji tinggi biarpun ada sedikit peningkatan tawaran diterima berbanding ketika bersama Negeri Sembilan. '

             Saya hanya mahu melebarkan pengalaman dan karier saya sahaja. “Begitupun banyak pengalaman yang saya peroleh selama dua musim bersama Negeri Sembilan di bawah bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah dikuti pengendali dari Portugal, Divaldo Alves dan seterusnya jurulatih sementara, Ridzuan Abu Shah. “Tidak mungkin saya berada pada tahap sekarang tanpa bimbingan dan sokongan mereka,” katanya. Ahmad Shakir pernah dinobat penjaring terbanyak Liga Super dengan 10 gol pada musim 2012 namun bagi musim 2013, dia kerap berada dalam barisan pemain simpanan berikutan kurang cergas susulan kecederaan pangkal paha yang dialami.

               Malah dia juga gagal membantu skuad Hoben Jang Hoben apabila berada di tangga tercorot Liga Super sekali gus tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan. Bekas pemain kebangsaan itu melahirkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan pengurusan pasukan kerana memberinya peluang beraksi bersama skuad itu biarpun pada tahun ini gagal membantu meraih prestasi terbaik. Ahmad Shakir yang menandatangani kontrak dua tahun bersama TRW akan melaporkan diri 1 Disember ini dan melahirkan keazaman memberikan sumbangan terbaik kepada Kelantan.

Catatan Popular