KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 9 Ogos 2012

KAFA Bayar Bonus RM449 Ribu Untuk Liga Super 2012.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayar bonus sejumlah RM449 Ribu kepada pemain sepanjang saingan Liga Super 2012.


Menurut Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, jumlah itu bagaimanapun tidak merangkumi persaingan The Red Warriors dalam Piala FA dan Piala AFC.

Setiap pemain menerima purata RM2000 hingga RM3000 sebulan bergantung kepada aksi mereka diatas padang.

Bonus tertinggi pemain pada saingan Liga Super ialah RM19000 seorang, jelasnya lagi.

Pada setiap perlawanan, bonus diberikan kepada semua pemain dan yang terendah adalah sebanyak RM500 manakala bonus tertinggi yang dibayar ialah sebanyak RM3000 seorang

Harga Baru Tiket Perlawanan Persahabatan Kelantan Melawan Pattani dan T-Team.

RedsfcNews mendapat maklumat dari sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan harga tiket perlawanan persahabatan melibatkan The Red Warriors melawan Pattani FC dan T-Team FC ditetapkan kepada RM5 bagi tempat duduk terbuka dan RM10 bagi tempat duduk astaka.


Sebelum ini, harga tiket adalah berharga RM10 dan RM20 namun dinaikkan kepada harga seperti yang dinyatakan diatas.

Menurt sumber, tiada sebab dinyatakan mengapa harga tiket ditetapkan dengan harga berkenaan.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dan tiket akan mula dijual pada hari perlawanan di kaunter dataran. 

Tunggu pengesahan rasmi KAFA berkaitan harga tiket.



sumber:redsfc news

Ghaddar hilang tanpa berita


KETIADAAN kelibat penyerang import Kelantan, Mohammad Ghaddar ketika sesi latihan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia mula mencetuskan kegusaran dalam kalangan peminat setia The Red Warriors.

Penyerang kelahiran Lebanon itu dikatakan gagal melaporkan diri pada 5 Ogos lalu bagi menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang bakal bermula 22 Ogos ini.

Difahamkan, ketiadaan penjaring terbanyak The Red Warriors dalam saingan Liga Super itu sedikit sebanyak relah merencatkan perancangan jurulatih, Bojan Hodak bagi membentuk pasukan yang ampuh.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ghaddar masih belum melaporkan diri seperti dijanjikan selepas aksi persahabatan menentang Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai lalu.

Katanya, Ghaddar sepatutnya melaporkan diri pada tarikh tersebut dan segala usaha telah dilakukan termasuk menghubunginya tetapi gagal.

“Kami turut menghubungi Ghaddar melalui ejennya, namun menemui jalan buntu. Buat masa ini, kami mengambil pendekatan tunggu.

“Secara jujur, kami masih menantikan maklum balas daripada Ghaddar sama ada menerusi telefon atau e-mel. Mana tahu mungkin beliau ada masalah yang perlu diselesaikan di Lubnan ketika ini,” ujar Azman kepada Kosmo! semalam.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, Ghaddar bakal berdepan hukuman daripada persatuan sekiranya gagal mengemukakan alasan kukuh mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan pemain tersebut boleh dikira sebagai ponteng daripada menjalani latihan.

“Sama seperti pemain lain, dia juga tidak terkecuali berdepan hukuman seperti pemotongan gaji daripada pihak KAFA sekiranya didapati bersalah. Itu sudah termaktub dalam perjanjian kontrak antara kami dengannya.

“Selain Ghaddar, seorang lagi awang import, Nwaneri Obinna masih belum melaporkan diri. Bagaimanapun, dia dilaporkan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Obinna diberi cuti panjang sedikit bagi membolehkan dia menyelesaikan urusan di Switzerland. Saya percaya dia tidak menghadapi masalah untuk kembali bersama Kelantan selepas ini,” ujarnya.

Ketiadaan dua tonggak import itu menyaksikan Mijo Dadic dari Croatia dan bekas penggempur Perak, Keita Mandjou menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan lain sejak 1 Ogos lalu.

Pada kempen Piala Malaysia musim ini, Kelantan diundi dalam Kumpulan B bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu dan Kedah.

Selasa, 7 Ogos 2012

Harga Tiket Perlawanan Persahabatan Kelantan.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengenakan tiket pada perlawanan persahabatan yang diatur melawan Pattani FC dan T-Team FC pada 11 dan 15 Ogos depan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRSP15mSAEGiz8M9mq7gQ0zw1B1WG1qxyKcZHUmBV2HHtgcUftC61hWxIpNPtV0o_5WUgg8S-ZsdWataee_KGKeT1wh5MM97eaX6kd2eWEfcKKgcss0wu23-CCtM767-_Z-c7Q1aKnasg/s1600/wall+kelate.jpg

Menurut maklumat dari Saudara Afiq, harga tiket untuk kedua-dua perlawanan itu telah ditetapkan dengan harga RM5 untuk tempat duduk terbuka dan RM10 untuk tempat duduk astaka.

Untuk mendapatkan tiket, para penyokong Kelantan boleh mendapatkan di kaunter stadium yang akan dibuka pada hari perlawanan.

Maklumat Perlawanan dan Tiket

Kelantan mln Pattani FC
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV
11 Ogos 2012
10.30 malam
Tiket : RM5 (Terbuka) & RM10 (Astaka)

Kelantan mln T-Team FC

Stadium Sultan Muhamad Ke-IV
15 Ogos 2012
10.30 malam
Tiket : RM5 (Terbuka) & RM10 (Astaka)

Rumours : Zamri Bergabung Dengan Butler?

Pemain muda Kelantan yang beraksi di posisi pertahanan, Zamri Ramli dikhabarkan menerima tawaran Peter James Butler untuk beraksi dengan Terengganu pada musim depan.


Menurut sumber RedsfcNews, ketua jurulatih Sang Penyu itu dikatakan sangat berminat untuk menggunakan pemain ini pada saingan Liga Malaysia 2013.

Zamri merupakan produk dari skuad Piala Presiden Kelantan dan dinaikkan pangkat ke skuad senior pada 2009 oleh Butler namun gagal mendapat tempat ketika The Red Warriors dibawah kendalian Karathu dan Bojan Hodak.

Dia bagaimanapun masih belum memberi keputusan muktamad kepada Butler kerana mahu menumpukan pada saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung bermula 22 Ogos depan, jelas sumber itu lagi


sumber:redsfc news

Senarai Baru Pemain Kelantan Dalam Piala AFC.

http://www.puterikasih.com/wp-content/uploads/2012/04/afc_logo.jpg
 
Berikut adalah senarai baru pemain The Red Warriors yang akan didaftarkan untuk suku akhir Piala AFC pada September depan.


Penjaga gol :

Khairul Fahmi Che Mat
Syazwan Yusoff
Shahrizan Ismail

Pertahanan :

S. Subramaniam
Obinna Nwaneri
Faizol Nazlin Sayuti
Daudsu Jamaluddin
Zairul Fitree Ishak
Nik Shahrul Azim
Zamri Ramli
Rizal Fahmi Rosid
Mijo Dadic - Baru
Tuan Mohd Faim - Baru
Aslam Najmudeen - Baru
Mafry Balang - Baru

Tengah :

Mohd Badri Radzi (Ketua Pasukan)
Norfarhan Mohamad
Nurul Azwan Roya
Indra Putra Mahayuddin
S. Chanturu
Khairul Izuan Rosli
Shakir Shaari

Penyerang : 

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adenan
Azlan Ismail
Mohammad Ghaddar
Aris Zaidi
Shahiran Mohd Zain - Baru
Keita Mandjou - Baru
Afiq Azmi - Baru

Dikeluarkan :

Farisham Ismail - Cedera
Azizi Mat Rose - Cedera
Aziz Ismail - Cedera
Mohd Fakhrudin Husin - Cedera
Nwoha Onyekachi - Tamat Kontrak
Danny Antwi
Norsyahrul Hawari

Mijo, Keita Dahului Senarai Didaftarkan Untuk Suku Akhir AFC.

Dua pemain import terbaru Kelantan, Mijo Dadic dan Keita Mandjou mendahului senarai akan didaftarkan untuk saingan suku akhir Piala AFC.


Kedua-dua pemain itu akan mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Danny Antwi dan Nwoha Onyekachi.

Selain mereka, beberapa pemain tempatan juga akan didaftarkan pada saingan itu.

Berdasarkan maklumat dari sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), antara pemain baru yang akan didaftarkan ialah pemain dari skuad Piala Presiden, Tuan Mohd Faim dan Shahiran Mohd Zain.

Mengiringi mereka ialah pemain yang dipinjam KAFA baru-baru ini iaitu Aslam Najmudeen, Mafry Balang dan Afiq Azmi.

Kemasukan mereka bagi mengantikan beberapa pemain sebelum ini yang tidak dapat beraksi kerana masalah kecederaan seperti Azizi Mat Rose, Aziz Ismail dan Farisham Ismail.

Kafa turut menyingkirkan Mohd Fakhrudin Husin dan Norsyahrul Hawari bagi memberi laluan kepada pemain baru bagi kejohanan itu.

Seorang lagi pemain import, Obinna Nwaneri bagaimanapun akan terus dikekalkan biarpun berdepan pengantungan dua perlawanan selepas menerima kad merah terus pada pusingan kedua tempoh hari.

Isnin, 6 Ogos 2012

Pattani FC Ujian Pertama TRW.


Kelab Divisyen Dua Selatan Thailand, Pattani FC akan menjadi ujian pertama Kelantan sempena persiapan Piala Malaysia dan Piala AFC.


Menurut pengurus pasukan, Haji Azman Ibrahim di laman Facebook, kelab bimbingan Nimea Nideha itu bakal menguji barisan pemain The Red Warriors pada 11 Ogos depan.

Kelab yang berpangkalan di Selatan Thai itu yang dibarisi sehingga empat pemain import dilihat calon sesuai buat The Red Warriors mempersiapkan pasukan mereka.

Kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dan tunggu pengumuman rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkaitan harga tiket dan waktu perlawanan.

Sabtu, 4 Ogos 2012

 

Laporan Sesi Latihan Kelantan (3 Ogos 2012)

 
The Red Warriors mengadakan satu sesi latihan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi diketuai oleh Bojan Hodak.


Pada sesi latihan malam tadi, Bojan dilihat banyak mengadakan latihan kecergasan kepada semua pemain untuk mengekalkan prestasi mereka.

Sesi latihan ini juga istimewa dengan kehadiran kali pertama kepada pemain yang baru dipinjam dari Sabah, Mafry Balang yang turun ceria berlatih bersama rakan sepasukan yang lain.

Ketua Jurulatih : Bojan Hodak.
Pembantu : Zahasmi Ismail, Sidek, Reuben dan Ismail Chawailit.

Pemain Senior : Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaludin, Mafry Balang, Nik Shahrul Azim, Aslam Najmudeen, Zairul Fitree, Badri Radzi, Norfarhan Mohamed, Indra Putra, Azwan Roya, Ramzul Zahini, Zamri Ramli, Azlan Ismail dan Khairul Izuan.

Pemain Piala Presiden : Shahiran Zain, Aris Zaidi, Mohamad Asif, Syazwan Yusof, Mohamad Ramadhan dan Tuan Mohd Faim.

Pemain Cedera : S. Chanturu (Lutut) dan Rizal Fahmi (Kecergasan)

Sesi 1 : Memanaskan Badan.

Sesi 2 : Hantaran.

Sesi 3 : Kecergasan.

Sesi 4 : Perlawanan latihan setengah padang. (Taktikal dan Komunikasi)

Sesi 5 : Gerakan, sepakan dan formasi.

Sesi 6 : Cooling down.

Catatan Popular