LESEN
Khamis, 20 Oktober 2011
Terengganu dan Negeri Sembilan bakal berentap.
Terengganu seperti diramalkan berjaya menundukkan juara 32 kali Piala Malaysia 2-0 di Shah Alam semalam.Dua gol dari pemain keramat Terengganu,Manaf Mamat berjaya menidakkan peluang Selangor untuk meneruskan misi 33 mereka.
Peminat-peminat bolasepak tanahair sudah menjangkakan bahawa final Piala Malaysia musim ini akan menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan.Negeri Sembilan yang berjaya mengalahkan T.Team 4-2 di Kuala Terengganu sudah sebelah kaki ke final.
Terengganu dilihat lebih berpeluang untuk merangkul Piala Malaysia musim ini kerana telah melepasi ranjau paling sukar iaitu berjaya mengalahkan juara piala malaysia musim lalu Kelantan.Kemenangan keatas Kelantan membutirkan lagi Terengganu bakal bergelar Juara Piala Malaysia 2011.
Sama-sama kita nantikan keputusan pusingan kedua,mampukah Selangor dan T.Team bangkit ataupun merelakan Terengganu dan Negeri Sembilan ke pentas aksi final.
Keputusan separuh akhir pertama :
Selangor 0 - 2 Terengganu
T.Team 2 - 4 Negeri Sembilan
Terima Kasih...Terima Kasih...Terima Kasih Datuk Kar
Ahad, 16 Oktober 2011
Karathu Letak Jawatan?
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menerima tekanan tinggi dari penyokong setia The Red Warriors ekoran penyingkiran dari saingan Piala Malaysia kepada Terengganu.
Banyak pihak mengecam tindakan beliau tidak menggunakan pemain berpengalaman dalam perlawanan penting menyebabkan Sang Kijang terpaksa akur setakat suku akhir.
Lebih malang, beliau digesa meletak jawatan dengan segera walaupun jasa yang ditaburkan kepada Kelantan dilihat sudah cukup berjaya daripada jurulatih lain.
Kejuaraan sumbangsih dan Liga Super sudah membuktikan betapa khidmat yang diberikan beliau memberi impak terbaik kepada delegasi The Red Warriors.
Siapa sangka, Sang Kijang yang dulu langsung tidak diberi harapan mengondol dua piala dalam saingan Liga Malaysia pada tahun ini selain mara sehingga ke perlawanan akhir Piala FA tetapi turut ditundukkan Terengganu.
Adakah itu belum cukup buat semua peminat untuk menghargai jasa seorang jurulatih yang sentiasa berdepan tekanan dan dilema untuk mempertaruhkan barisan terbaik pada setiap perlawanan.
Dalam laman Facebook peribadi, Datuk M. Karathu dilihat sudah memberi hint-hint untuk berundur dari tugasan mengetuai pasukan Kelantan.
Walau dikhabarkan sudah bersetuju menyambung kontrak, mungkin disebabkan desakan dan tekanan tinggi para peminat menyebabkan beliau mungkin terpaksa memikirkan kembali tempatnya selaku ketua jurulatih Kelantan untuk musim depan.
Jika beliau tidak lagi membimbing Kelantan dan memilih untuk bersara seperti laporan daripada mulut beliau sendiri, pihak RedsfcNews mengucapkan selamat maju jaya dan ucapan terima kasih kerana kepakaran beliau telah membantu Sang Kijang menjadi lebih kuat pada musim ini. -
simber redsfc news
Luahan Kata Datuk M. Karathu.
Berikut adalah komen-komen yang dikeluarkan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu di laman facebook bagi menjawab kritikan meluas yang telah ditaburkan para penyokong The Red Warriors selepas kekalahan kepada Terengganu dalam saingan suku akhir Piala Malaysia.
Datuk K merupakan salah seorang jurulatih yang berpengalaman dalam sukan bola sepak nyata tidak senang dengan kritikan yang dilemparkan seolah-olah mencabar kredibilitinya.
RedsfcNews menyokong penuh beliau untuk membimbing TRW pada musim depan tetapi menurut desas desus terkini, Datuk K bakal melepaskan jawatan kerusi panas ketua jurulatih berkuat kuasa serta merta.
Malah, beberepa pemain termasuk sumber KAFA turut telah mengesahkan Datuk K tidak lagi akan membimbing Kelantan dan satu majlis bersamanya akan diadakan pada 21 Oktober nanti.
Pihak RedsfcNews sedang mendapatkan pengesahan rasmi berkaitan dengan peletakan jawatan beliau.-RedsfcNews-
sumber redsfc news
Terengganu hebat: Annuar
Isnin, 4 Julai 2011
Malaysia tewas...Namun mara kepusingan kedua
Taiwan 3
Malaysia 2(Aidil,Safiq)
Sabtu, 2 Julai 2011
Stadium khusus untuk bola sepak di Kelantan
PEMINAT dan penyokong setia bola sepak Kelantan bakal menyaksikan pasukan mereka beraksi di stadium yang dibina khusus untuk perlawanan bola sepak sekiranya permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan peruntukan bagi membina stadium baru itu diluluskan oleh kerajaan Pusat.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) memberitahu, segala perincian telah pun hampir siap dan kini pihaknya berada di fasa terakhir untuk mengkaji beberapa aspek lagi mengenai pembinaan sebuah stadium yang berkapasiti 30,000 penyokong.
Menurutnya, tanah seluas hampir 16 hektar sudah dikenal pasti oleh pihaknya di sekitar kawasan Tunjong kira-kira lima kilometer dari bandar Kota Bharu yang dianggap paling sesuai untuk dijadikan tapak stadium.
“Pada dasarnya kita mempunyai dua cadangan tapak iaitu satu di Kampung Gading Galoh, Machang dan satu lagi di Tunjong. Tapi kita kini sedang memfokuskan tapak di Tunjong kerana ia hampir dengan Kota Bharu.
“Stadium yang akan dibina nanti adalah khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja di mana standardnya sesuai untuk perlawanan domestik dan antarabangsa selain dibina dengan berbumbung,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, KAFA hanya memohon bantuan kewangan untuk pembinaan sahaja manakala pihaknya bersedia memikul tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan stadium tersebut kelak tanpa meminta bantuan pihak kerajaan.
Katanya, sebelum ini pihaknya bercadang untuk mengambil alih atau memajak Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSM IV) yang menjadi venue perlawanan melibatkan pasukan Kelantan sebelum ini namun, permohonan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri.
“Memang SSM IV menjadi pilihan pertama kita kerana sebelum ini juga kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kos untuk menaik tarafnya hanya menelan belanja sekitar RM6 juta sahaja namun, ia tidak menjadi kenyataan.
“Kerja-kerja menaik taraf juga hanya memerlukan masa yang lebih singkat berbanding membina sebuah stadium baru. Bagaimanapun, selepas permohonan tersebut ditolak kita optimis untuk memohon bantuan kerajaan Pusat dan ia akan dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10),” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Annuar berkata, KAFA telah menghantar sepasukan pegawai yang terlibat untuk meneliti serta membuat pemerhatian terhadap beberapa buah stadium di Eropah termasuk Cardiff City, Stamford Bride dan Emirates sebagai rujukan dalam pembinaan stadium baru tersebut.
Info Pusingan pertama perlawanan timbal balik Taiwan vs Malaysia
Jumaat, 1 Julai 2011
Info Piala Presiden : Kelantan ke Separuh Akhir
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...






