KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 3 Januari 2011

Alex Ferguson mahu khidmat Khairul Fahmi?

Artikel yang dipetik dari laman MUFC
After two hour,Malaysia team won the AFF Suzuki Cup against Indonesia at Glaro Bung Karno Stadium, Sir Alex Ferguson as manager of Manchester United want to use Khairul Fahmi to replace Van Der Sar.

Khairul Fahmi is one of the important characters in the success of the Malaysia Team in AFF Suzuki Cup 2010. His success in keeping the Malaysia goal from indonesia attack in the early minutes of the game attracted a manager of Manchester United. Sir Alex Ferguson said "he is one of the best goalkeepers ever be produced, and if given the chance he could be a row of Buffon, Cassilas and Van Der Sar .

"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.

Ahad, 2 Januari 2011

Selangor, Kelantan Buka Tirai Liga M

KUALA LUMPUR – Selangor dan Kelantan akan membuka tirai kempen Liga Malaysia 2011 dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebelum memulakan aksi dalam Liga Super musim ini.

Perlawanan bakal berlangsung pada 29 Januari ini di Stadium Shah Alam, pukul 8.45 malam.

Dua pasukan tersebut adalah antara 14 pasukan yang bakal berentap dalam Liga Super bagi mendapatkan gelaran yang sebelum ini menjadi milik Selangor untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak dari 2009.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat dua lagi liga yang bakal berlangsung pada pada tahun ini selain Liga Super.

Antaranya, Liga Perdana yang bakal disertai oleh 12 pasukan dan Piala FA melibatkan penyertaan 29 pasukan.

”Jadual yang dirangka ini membolehkan pasukan yang mempunyai pemain kebangsaan menurunkan pemain mereka tanpa sebarang masalah di peringkat Liga Super dan Liga Perdana.

”Namun pada perlawanan Piala FA, pasukan yang mempunyai pemain kebangsaan tidak dapat menurunkan pemain mereka sekiranya dapat meneruskan aksi di pusingan kedua bagi membolehkan pemain kebangsaan beraksi di peringkat kelayakan Sukan Olimpik,” kata Annuar kepada pemberita selepas tamat majlis undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil, semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Sementara itu, Hamidin memberitahu masih terdapat tiga lagi Stadium yang belum melepasi kelayakan yang dikehendaki untuk digunakan sepanjang perlawanan dalam Liga Malaysia tahun ini.

”Ada antara stadium tidak mencapai kecerahan lampu yang dikendaki selain mempunyai bilik persalinan pemain yang kurang selesa.

”Pihak saya akan terus menjalankan penilaian susulan terhadap stadium-stadium berkenaan bagi membolehkan tempat tersebut digunakan dengan lebih selesa kerana kadang-kala pihak pengurusan stadium sendiri tidak sedar bahawa stadium mereka tidak mencapai kualiti yang dikehendaki,” jelas Hamidin.

Liga Super 2011:
Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, KL Felda United FC, Perlis, Pahang, Harimau Muda A, Kedah, Terengganu T-Team, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Johor FC dan Sabah.

Liga Perdana 2011:
PDRM, Sarawak, Johor, Johor MP Muar, KL Pos Malaysia, Harimau Muda B, ATM, Selangor PKNS, KL Sime Darby FC, Pulau Pinang SDM Navy, Pulau Pinang dan Pulau Pinang USM.

Undian Piala FA 2011:



Norshahrul Belum Puas

NAMA Norshahrul Idlan Talaha (gambar) kini meniti di bibir setiap peminat bola sepak kebangsaan selepas penyerang berbisa itu membantu skuad negara melakar kejayaan paling gemilang dalam bola sepak moden dengan menjulang Piala AFF buat kali pertama sekali gus mengesahkan status ‘Harimau Malaya’ sebagai raja bola sepak rantau Asia Tenggara.

Bukan sedikit sumbangan Norshahrul sepanjang kejohanan itu malah tidak keterlaluan mengatakan dia watak pemusnah utama mengecewakan pihak lawan terutama Indonesia pada perlawanan akhir yang berlangsung secara timbal balik. Ikut temubual bersama anak muda berusia 24 tahun ini.

SOALAN: Tahniah, ceritakan serba sedikit mengenai makna kejayaan ini kepada anda.
JAWAPAN: Pertamanya saya ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan amat luar biasa kepada kami sepanjang kejohanan ini. Terima kasih juga kepada kaum keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

S: Di mana sebenarnya titik kebangkitan skuad kebangsaan selepas bermula agak goyah apabila dibelasah Indonesia pada perlawanan pertama?
J: Memanglah pada perlawanan pertama kami agak kecewa apabila kalah besar tetapi selepas itu kami dapat keyakinan semula selepas seri ketika menentang Thailand. Keyakinan kami bertambah kuat apabila berjaya menewaskan Vietnam sekali gus melangkah ke pentas final sedangkan sasaran awal hanyalah ke separuh akhir.

S: Difahamkan selepas aksi cemerlang di Piala AFF, anda ada menerima tawaran daripada kelab luar untuk beraksi bersama mereka.
J: Benar, saya mendapat dua tawaran untuk beraksi di Indonesia. Pertama daripada kelab Sriwijaya FC di mana ejen kelab berkenaan ada menemui saya menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya. Kedua, sebuah kelab yang saya pun masih tidak pasti lagi iaitu dari Jawa Tengah.

S: Jika benar mereka serius mahu mendapatkan khidmat anda, bersediakah anda untuk keluar dari negara ini dan beraksi di Indonesia?
J: Ya, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang ini. Saya bersedia untuk beraksi di luar negara kerana ia pasti akan memberi pengalaman berharga untuk saya.

S: Meskipun mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan ini, anda tidak terpilih menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP). Komen anda?
J: Saya memang rasa amat kecewa sebab tidak berjaya memenangi anugerah ini. Apapun, saya sudah melakukan yang terbaik dan bekerja keras untuk pasukan. Apa yang lebih penting ialah dapat membantu pasukan menjuarai Piala AFF buat kali pertama.

S: Anda berjaya meraih pingat emas Sukan Sea, Piala Malaysia bersama Kelantan dan kini Piala AFF. Adakah pencapaian ini sudah mencukupi bagi anda?
J: Tidak, masih banyak lagi yang ingin saya kecapi bersama skuad kebangsaan. Tahun 2009 dan tahun lalu sememangnya amat bermakna bagi saya kerana berjaya membantu pasukan kebangsaan memenangi beberapa kejuaraan utama. Malah kemenangan terbaru ini juga amat bermakna bagi saya kerana boleh dikatakan ia adalah hadiah paling berharga sempena perkahwinan saya.

Liga Super 2011




Saingan Liga Malaysia 2011 dijangka akan membuka tirai penghujung Januari nanti.

Empat belas pasukan sudah mengesahkan akan bertanding dalam Liga Super iaitu kejohanan paling tertinggi di Malaysia.

Pada waktu ini, kebanyakan pasukan sudah memiliki barisan impian masing-masing untuk menggalas misi besar memburu tiga piala utama yang dipertandingkan.

Disana-sini dicanangkan pasukan yang bertanding sedang rancak mengatur persiapan dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra-musim.

Dari pasukan elit sehingga pasukan yang baru dibentuk, skuad yang menyertai terus mempersiapkan pasukan terbaik mereka.

Pasukan paling menyerlah musim ini seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan merupakan pasukan paling aktif membentuk gandingan mantap untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kejayaan yang telah dimiliki.

Masih ada masa buat semua pasukan untuk mencari kegemilangan pada saingan musim depan tambahan pula beberapa pasukan seperti Kedah, Terengganu, Perak, Pahang, Felda United dan T-Team turut menyertai kelompok elit membina pasukan yang mampu mencabar pasukan atasan lain.

Manakala Perlis, Sabah, Johor Fc dan Kuala Lumpur masih mencari keserasian untuk mencabar sementelah mereka kehilangan ramai pemain tonggak kepada pasukan lain pada musim depan.

Paling dinantikan ialah kemunculan pasukan pemain muda berbakat Kebangsaan, Harimau Muda A yang pernah beraksi dalam Liga Slovakia sebelum ini. Adakah mereka dapat menggunakan pengalaman yang diperoleh untuk mengecap nikmat kejuaraan di Liga Super 2011.
Siri Perlawanan Persahabatan Lembah Kelang

Sime Darby FC 1-1 Kelantan

- Gol Sime Darby dijaringkan seawal minit ke-5.
- Kelantan menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti Mohd Badri Radzi.

Rumusan Ringkas.

- Berdasarkan rumusan perlawanan yang dilalui Kelantan dalam siri persahabatan pra-musim ini, Red Warriors tewas tiga dari empat perlawanan.

  • Harimau Muda A 4-1 Kelantan
  • Sarawak 2-1 Kelantan
  • Felda United FC 4-0 Kelantan
  • Sime Darby 1-1 Kelantan

- Kelantan menjaringkan tiga gol dengan sebelas bolos.
- Menggunakan gabungan pemain utama dan simpanan. Tetapi hasil mengecewakan. Masih gagal mencari pemain yang akan mengganggotai skuad utama.
- Gagal beraksi baik dalam empat perlawanan yang dilalui. Banyak kelemahan dengan ketumpulan jentera penyudah serta kegagalan pemain pertahanan mengekang gerakan lawan. Jentera tengah turut gagal berfungsi baik.
- Perlu post mortem dari pihak pengurusan untuk melihat sejauh mana persediaan pemain untuk memulakan saingan Liga Malaysia, hujung Januari nanti.

Catatan Popular