LESEN
Ahad, 2 Januari 2011
- Harimau Muda A 4-1 Kelantan
- Sarawak 2-1 Kelantan
- Felda United FC 4-0 Kelantan
- Sime Darby 1-1 Kelantan
Sabtu, 1 Januari 2011
Kehebatan khairul fahmi che mat selaku penjaga gol muda malaysia tidak dapat dinafikan lagi apabila hanya melepaskan tiga gol dalam saingan piala malaysia 2010 untuk membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama.
Kehebatan “Apex” berterusan apabila membantu pula Skuad Malaysia menjuarai Piala AFF SUZUKI 2010 juga buat kali pertama sejak di perkenalkan pada tahun 1996.Beliau juga hanya melepaskan tiga gol sepanjang kejohanan berlangsung.
Beliau bermula sebagai penjaga gol ketiga kelantan pada awal tahun 2010 tetapi kini khairul fahmi che mat GAH sebagai penjaga gol nombor satu negara.Tidak heran apabila facebook page beliau hampir mencecah 100,000 fans.
Tahniah buat Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol kebanggaan Kelantan dan Malaysia.
Ucapan tahniah pengguna twitter dari indonesia dan malaysia
Bapa Harap Khairul Tak Lupa Diri
KEPULANGAN Khairul Fahmi ke Kota Bharu akan disambut secara besar-besaran pada Isnin ini.
“JANGAN mudah lupa diri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi potensi yang ada dalam diri untuk terus berjaya pada masa hadapan”.
Demikian amanat dan nasihat seorang ayah, Che Mat Hussain, 58, kepada anaknya, Khairul Fahmi, 21, yang merupakan penjaga gol utama pasukan kebangsaan dan Kelantan.
Menurutnya, seluruh ahli keluarga bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Su’ di kalangan ahli keluarga selepas berjaya membantu Harimau Malaya bergelar juara buat kali pertama pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010, Rabu lalu.
“Kami semuanya terkejut dengan apa yang telah ditunjukkan olehnya sepanjang tahun ini. Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak.
“Kejayaan ini adalah berkat usaha dan displin yang tinggi yang ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang ada dalam diri- nya,” kata Che Mat Hussain ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, Kota Bharu semalam.
Tambahnya, sebelum turun beraksi di atas padang, anaknya itu akan menghubunginya terlebih dahulu untuk memohon restu dan meminta keluarga mendoakan kejayaannya.
“Setiap kali beraksi baik untuk Kelantan mahupun negara, dia (Khairul Fahmi) akan menghubungi saya dan ibunya supaya mendoakan keselamatan dan kejayaannya,” ujarnya.
Akhbar semalam melaporkan, persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia itu bukan sekadar menarik peminat baru ke akaun Facebook, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini laman web sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima menumpaskan Support Timnas yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Menyentuh mengenai minat Khairul Fahmi dalam bola sepak, ayahnya memberitahu, ia bermula ketika dia berumur lapan tahun lagi dan apa yang menarik mengenai Khairul Fahmi, dia hanya minat beraksi sebagai penjaga gol sahaja.
“Dari kecil lagi, dia cukup minat dengan posisi itu dan mula beraksi bersama pasukan sekolahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang ketika berumur 12 tahun.
“Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Johor Bahru sebelumdan berpindah ke Seko- lah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk mengambil Sijil Pela- jaran Malaysia (SPM),” ujarnya.
Dalam pada itu, Che Mat memberitahu, satu sambutan besar-besaran akan dilakukan oleh penduduk kampung dengan kerjasama wakil rakyat untuk menyambut kepulangan Khairul.
“Majlis itu akan diadakan pada 3 Januari ini,” ujarnya.
Langkah Pertama, Perjalanan Bermula
Saat ini, tiap pelusuk negara tidak putus-putus membicarakan soal kehebatan skuad Harimau Malaya merangkul kali pertama Piala AFF Suzuki edisi ke-8 yang berakhir malam tadi. Buat skuad ‘masa depan’ bimbingan K. Rajagobal, mereka sememangnya layak untuk itu.
Sesudah dimalukan dengan jaringan besar pada peringkat kumpulan, dendam terhadap Indonesia terbalas jua dengan jalan cerita penuh bermaruah Berbekalkan defisit selesa 3-0 pada perlawanan pertama, dicorakkan lagi dengan kemampuan menyerap tekanan beraksi di stadium keramat mereka, Gelora Bung Karno seolah-olah begitu tenang untuk dihadapi lantas terciptalah sejarah penuh bermakna.
Di sebalik kejayaan ini, terdapat seperkara lagi yang pastinya lebih mengujakan untuk diceritakan. Betapa besarnya hati lantas menerbitkan rasa bangga bila tiga tonggak ‘Red Warriors’ turut memainkan peranan yang sememangnya bukan kecil buat menggapai kejayaan itu. Tiada niat untuk mencetuskan semangat kenegerian sempit dalam konteks kejayaan ini kerana sememangnya diakui kejayaan yang hadir adalah berkat kerja sepasukan. Namun tidak salah jua seandainya sekadar ingin mengiktiraf kejayaan yang terhasil daripada kesinambungan gemilang skuad ‘Red Warriors’ musim ini.
Mungkin pada suatu ketika dulu tidak ramai yang mengenali nama-nama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha juga S. Chanturu. Apatah lagi tumpuan peminat bola sepak tempatan mungkin lebih terarah kepada nama-nama lebih besar daripada negeri-negeri lain yang dikatakan mempunyai reputasi lebih tinggi dengan dibarisi ramai pemain kebangsaan. Namun, berkat kejayaan tercipta bersama skuad Kelantan berserta kepercayaan tinggi ketua jurulatih kebangsan, momentum kehebatan ketika menjulang Piala Malaysia diteruskan lagi ketika menyarung jersi negara.
Sebenarnya tidak salah jika kejayaan mereka ini dikongsi habis-habisan oleh peminat-peminat, khususnya mereka yang bergelar penyokong Kelantan. Umum mengetahui, sudah terlalu lama negeri ini sunyi tanpa nama-nama besar untuk diangkat sebagai hero negara. Nyata, era kehebatan lagenda silam seperti Dali Omar, Mohamad Che Su mahupun Hashim Mustapha perlukan pengganti. Namun apa yang tambah memeritkan, peluang dan ruang untuk itu juga seolah tertutup bila mana pemain Kelantan seringkali tersisih daripada membarisi skuad negara. Memang kurang lunak nadanya tetapi itulah hakikatnya.
Kini kita sudah boleh untuk mula tersenyum. Kita juga sudah punya watak-watak utama yang seharusnya lebih bersedia untuk mendukung peranan lebih penting bagi memartabatkan bola sepak negara. Sememangnya mengharukan bila jeritan nama-nama seperti ‘Mat Yo’ dan ‘Apek’ lantang kedengaran di mana-mana.
Apa yang membanggakan, laungan ini hadir daripada mereka yang langsung tiada kaitan dengan bola sepak Kelantan, tetapi berdiri sebagai peminat sejati yang ingin melihat Malaysia terus mengorak langkah di persada antarabangsa. ‘Peminat-peminat’ yang bertambah secara mendadak menerusi medium seperti laman-laman sosial yang wujud turut seolah-olah mencetuskan satu fenomena luar biasa buat negara.
Justeru tidak menghairankan hatta anak-anak kecil sekalipun sudah menanam cita-cita menjadi seperti mereka kelak. Melihatkan realiti ini, maka terduduklah mereka yang pernah melemparkan kata-kata cacian mempersoalkan kredibiliti dan kehebatan pemain-pemain kesayangan negara kini.
Buat ‘Apek’ dan ‘Mat Yo’, teruskanlah perjuangan yang masih hijau ini. Segalanya baru bermula. Jadikanlah kejayaan yang dikecapi ini sebagai titik tolak mengubah senario suram bola sepak negara yang kini kian menampakkan cahaya. Renunglah ruang, sempurnakanlah peluang yang luas terhidang. Harus diingat, reputasi tinggi harus diimbangi dengan motivasi sekaligus memantapkan prestasi.
Paling penting, lupa diri teramat perlu dijauhi agar kelak tidak dimusuhi. Ketahuilah, di belakang anda kami penyokong skuad ‘Red Warriors’ berdiri dengan harapan semoga kejayaan tak terbatas mampu anda semua kecapi.
Tahniah sekali lagi!
KAFA Mahu Pajak Stadium Sultan Muhammed Ke-IV
KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawar untuk memajak Stadium Sultan Muhammed ke-IV daripada kerajaan negeri dengan harga RM10 juta bagi tempoh 30 tahun.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu bagi membolehkan persatuan tersebut menaik taraf stadium yang kini berada dalam keadaan daif, bagi membolehkan Kelantan menjadi tuan rumah pada kejohanan bertaraf bintang.
“KAFA tawar untuk memajak stadium ini yang bukan untuk kita ambil sepenuhnya untuk tempoh masa jangka panjang tetapi hanya untuk tempoh 30 tahun demi untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan dan negara.
“Jika kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan bersetuju, KAFA akan bayar sebanyak RM10 juta dan dalam tempoh itu stadium ini akan berubah wajah daripada apa yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung ke-56 KAFA di sini Jumaat.
Pada mesyuarat itu Annuar diumum menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi manakala jawatan Timbalan Presiden kini dipegang Datuk Afandi Hamzah.
Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah meminta agar perbadanan stadium itu bertindak segera untuk menaik taraf stadium berkenaan yang kini begitu uzur kerana jika tidak FAM boleh mengambil tindakan untuk tidak membenarkan sebarang kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia diadakan di situ.
Beliau berkata surat tunjuk minat telah pun dihantar kepada perbadanan berkenaan untuk dipertimbangkan.
“Perbadanan telah pun membalas surat berkenaan yang meminta KAFA memperincikan beberapa perkara lagi bagi dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata beberapa pihak yang lain telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi KAFA bagi membantu menaik taraf stadium itu jika kerajaan negeri bersetuju untuk memajaknya kepada KAFA.
Sementara itu KAFA bercadang untuk membuka keanggotaan KAFA terhadap peminat seperti yang dilakukan oleh kelab terkemuka di luar negara bagi membantu menaikkan imej persatuan itu.
“Kita akan buka keanggotaan dengan yuran yang paling murah dan dengan ada kad ini (keanggotaan) pelbagai insentif akan diberi selain dapat bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.
Selain itu KAFA akan menubuhkan sebuah syarikat anak miliknya bagi menguruskan pasukan The Red Warriors bagi merealisasikan hasrat menjadikan sukan tersebut ditahap lebih profesional.
Katanya dengan adanya syarikat itu nanti, ia membolehkan KAFA menumpukan perhatian membangunkan sukan di peringkat negeri yang lain seperti menghidupkan liga di peringkat daerah.
“Kita akan menumpukan kepada Liga Presiden serta boleh memberikan tumpuan menghidupkan persatuan daerah yang kini mati menyebabkan sukan itu di daerah terbabit agak terbantut.
Sementara itu Annuar melahirkan kebimbangan kerana pemain Kelantan untuk beraksi pada musim baru tahun depan agak goyah dan masih tidak mencapai keserasian di kalangan mereka.
“Kita tidak memberikan harapan yang sangat besar kerana keserasian kini belum wujud dan kebimbangan kita berasas apabila sering tewas pada beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini,” katanya.
Kelantan pada musim baru akan kehilangan tonggak utama seperti Indra Putra Mahyuddin, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nor Farhan Mohamad dan Hairuddin Omar.
Dua pemain Kelantan yang juga pemain kebangsaan adalah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Shahrul Idlan Talaha yang membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki 2010.
Selamat Tahun Baru...
SELAMAT TAHUN BARU...SELAMAT TINGGAL 2010...
Jumaat, 31 Disember 2010
Rahsia Khairul Selamatkan Penalti
JAKARTA – ”Saya memang sudah jangka Firman Utina akan melakukan sepakan di sebelah kiri. Ini kerana jurulatih, K. Rajagobal awal-awal lagi telah memberitahu saya bahawa dia (Firman) gemar melakukan sepakan di arah itu”.
Itu pendedahan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan penalti Firman pada minit ke-19 final kedua Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.
Khairul, yang dikenali sebagai Apek, mengakui dia cukup tenang ketika pemain lawan melakukan penalti, kerana berpegang kepada nasihat Rajagobal.
”Jurulatih telah mengkaji sepakan penalti yang dilakukan oleh Firman dan pemain Indonesia yang lain, ia jelas membantu saya.
”Saya bersyukur kerana agakan saya tepat, sekali gus membantutkan hasrat Indonesia untuk meraih gol awal kerana saya sedar jika mereka berjaya, situasi mungkin berubah dan memberikan mereka lebih semangat untuk bangkit,” jelasnya ketika di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, sebelum berangkat pulang ke tanah air, semalam.
Mengenai pancaran laser, Khairul tidak tergugat dengan gangguan psikologi oleh penyokong Indonesia.
”Memang ia sedikit mengganggu penglihatan tetapi mental dan fokus saya tetap kepada perlawanan, walau apa pun yang mereka cuba lakukan.
”Saya sama sekali tidak terfikir akan membuat tindakan untuk meminta perlawanan dihentikan, seperti yang pernah dilakukan oleh penjaga gol Indonesia, Markus Harison,” katanya.
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...

