KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 31 Mac 2012

Kelantan Fokus Semula Liga Super

Norshahrul Idlan Talaha sudah disahkan pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi.


SELEPAS berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Piala FA, Kelantan kini kembali fokus untuk mempertahankan kedudukan mereka di persada Liga Super apabila dijadualkan turun menentang Felda United di Kota Bharu malam ini.

Aksi di Stadium Sultan Muhammad IV dengan disaksikan ribuan penyokong setia, The Red Warriors pastinya mahu memanfaatkan peluang tersebut ketika kedudukan mereka kini semakin dihimpit oleh pasukan Lions XII dan Terengganu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, cabaran pasukan Felda United tidak harus dipandang mudah oleh para pemainnya biarpun pasukan tersebut sedang bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Menurutnya, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Settlers itu memiliki ramai pemain berbakat yang mampu mengejutkan pasukan lain, termasuk Kelantan sekiranya tidak diberikan perhatian.

“Mereka (Felda United) mempunyai pemain yang cukup sempurna tetapi mungkin ada beberapa faktor lain menyebabkan kedudukan mereka kini tidak begitu baik dalam liga. Bagi saya, mereka bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

“Pemain-pemain seperti Faderin Kadir, Norizam Salaman, Azrul Ahmad dan beberapa lagi pemain mampu memusnahkan impian kita. Mereka harus diberikan perhatian dan sudah tentu kita mahu keputusannya memihak kepada kita,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, persiapan Kelantan masih belum sempurna kerana beberapa pemain tonggak masih belum dapat diturunkan ekoran kecederaan tetapi dengan barisan pemain yang ada, kekosongan tersebut mampu diisi oleh pemain lain.

Katanya, apa yang menggembirakan kem Kelantan ialah kembalinya penggempur sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha yang kini sudah disahkan pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi.

“Segalanya bergantung kepada jurulatih, sekiranya perlu kita akan menyenaraikan Norshahrul kerana jadual kita untuk bulan April cukup padat.

“Kita perlu berhati-hati dalam mengatur penggiliran pemain kerana jadual perlawanan cukup padat, terutamanya dengan kesemua aksi adalah penting, termasuk separuh akhir Piala FA dan perlawanan Piala AFC menentang Arema Malang dari Indonesia,” ujarnya.

Jelasnya, kesilapan dalam mengadakan sistem penggiliran tersebut mungkin mendedahkan pemain terhadap risiko kecederaan serta sindrom kepenatan yang pastinya memberi kesan kepada prestasi pasukan.

Dalam pada itu, Azman turut mengulas mengenai persembahan pemain importnya, Nwoha Onyekachi yang mempunyai tempoh kurang sebulan untuk terus mempamerkan aksi terbaik dalam usaha memikat pihak pengurusan untuk mengekalkannya dalam pasukan.

“Tarikh tutup pendaftaran pada 16 April dan dia (Nwoha) mempunyai cukup masa untuk membuktikan kemampuannya untuk terus kekal dalam pasukan dan kita mengharapkan dia mampu memberikan impak kepada pasukan,” jelasnya.

KAFA Beri Tempoh Sehingga 16 April Kepada Nwoha.


Nwoha Onyekachi mempunyai tempoh sehingga 16 April untuk membuktikan status selaku pemain import berbisa The Red Warriors.


Jika gagal, dia bakal disingkirkan pada pintu perpindahan kedua yang bermula awal April depan.

Menurut pengurus pasukan, Azman Ibrahaim, pemain penyerang tersebut telah menjaringkan satu gol namun masih belum memuaskan hati pihak tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Dia mempunyai cukup masa untuk menunjukkan aksi terbaik dan seandainya gagal, kita akan gugurkan Nwoha untuk digantikan dengan pemain import baru.

Tetapi, kita tetap harap pemain ini dapat membuktikan kemampuan serta memberi impak pada pasukan pada penampilan seterusnya dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC.

Khamis, 29 Mac 2012

President Warriors Mula Pusingan Kedua Dengan Semangat Baru.


President Warriors turun aksi pusingan kedua Liga Presiden Malaysia 2012 dengan semangat baru.


Menurut pengurus pasukan yang dihubungi RedsfcNews, mood para pemain berada dalam keadaan baik dan segala persiapan telah diatur dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan pada perlawanan pusingan pertama berlaku.

Skuad Presiden waktu ini dibarisi pemain utama sepenuhnya dan perlawanan pusingan kedua bermula dengan MBJB petang nanti akan dihadapi dengan semangat baru,

Kita telah mempertajamkan barisan serangan dan berharap Aris Zaidi serta Shahiran Zain mampu terus menggegar jaring pihak lawan, jelasnya.

Mengulas tentang perlawanan, beliau juga berharap aksi pertama dengan Johor MBJB menjadi titik tolak kepada kebangkitan kembali President Warriors selaku juara bertahan.

Para pemain dipinta tidak mengulangi kesilapan mudah selain menunjukkan sikap selaku pasukan pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Paling utama, kita mempunyai banyak kelebihan kerana akan bermain banyak perlawanan selaku tuan rumah.

Justeru itu, kemenangan amat diperlukan bagi mengukuhkan kedudukan kita di tempat terbaik.

Saya optimis skuad Piala Presiden Kelantan mampu menempatkan diri di kedudukan empat terbaik untuk layak ke suku akhir pada penghujung saingan Liga Presiden Kumpulan A nanti.

Rabu, 28 Mac 2012

Azzuddin lepas, Annuar sangkut

SERIUS...Taufek mempengerusikan mesyuarat semalam.
SERIUS...Taufek mempengerusikan mesyuarat semalam.
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad terselamat daripada sebarang dakwaan apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau berhak membuat kenyataan berpandukan kepada peruntukan yang termaktub dalam peraturan badan induk bola sepak tanah air itu.
Namun nasib berbeza buat Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa apabila dua pertuduhan ke atasnya kerana kesalahan mengeluarkan kritikan secara terbuka akan dibicarakan pada 4 April ini selepas jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak menerima permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.

“Merujuk kepada Artikel 88 bagi peraturan 2010-2014 FAM yang hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung boleh membuat kenyataan, kita tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadap Datuk Azzuddin.
“Kami sudah berbincang dan meneliti kenyataan yang dibuat Datuk Azzuddin dan ternyata kenyataannya tidak melanggar kod Tatatertib 4.5.8 FAM.

“Kenyataan beliau tidak menjurus kepada unsur-unsur menghina atau menjejaskan imej Persatuan Bola Sepak Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini jawatankuasa itu didesak supaya berlaku adil dengan mengkaji untuk membuka kertas siasatan ke atas Azzuddin yang mengkritik kegagalan skuad Olimpik negara pada 16 Mac lalu selepas Annuar disabitkan dengan dua pertuduhan kerana mengkritik kemerosotan prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun kes Annuar tetap dibicarakan dengan pihak Jawatankuasa Tatatertib sedia menangguhkan hari perbicaraan yang sepatutnya diadakan esok bagi memberi ruang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu membuat pembelaan.

“Tan Sri Annuar sudah menghantar surat meminta menangguhkan perbicaraan itu kerana tidak dapat hadir atas sebab perlu menghadiri satu majlis bersama Kada (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu) jadi kami setuju menunda kepada 4 April.
“Sebenarnya kami boleh meneruskan perbicaraan itu tanpa memanggilnya kerana beliau sudah menjawab surat pembelaan namun kami masih bertimbang rasa dan tetap memberi peluang kepadanya untuk hadir pada hari perbicaraan,” kata Taufek.

Namun ketika ditanya, adakah kehadiran Annuar diperlukan kerana hujah pembelaannya dalam surat yang dihantar sebelum ini tidak boleh diguna pakai, Taufek menjawab: “Saya tidak boleh komen perkara itu, tunggu 4 April, jawatankuasa akan menilainya.”

Taufek kemudian turut ditanya adakah Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin akan dibicarakan kerana secara lantang bersuara supaya FAM bersikap lebih terbuka tapi beliau menjelaskan kenyataan Zainol itu sekadar pandangan peribadi serta tidak perlu dikenakan tindakan.

Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib semalam turut membicarakan kes salah laku pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM3,000 atas kesalahan menarik telinga penjaga gol Felda United, Mohd Hamsani Ahmad dan menolak pipi S Sivanesan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Super pada 21 Januari lalu.

Laporan Ringkas : TRW Sah Ke Separuh Akhir.


The Red Warriors mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir Piala FA 2012 apabila menundukkan KL SPA FC 2-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Dua jaringan yang dilakukan oleh Norfarhan Mohamad dan Onyekachi Nwoha sudah cukup melengkapkan kegemilangan tuan rumah dengan keputusan 5-0 secara agregat.

Beraksi didepan penyokong sendiri, tidak mudah bagi Kelantan untuk melakukan jaringan apabila SPA FC lebih banyak menguasai barisan tengah termasuk dapat melakukan percubaan merbahaya seawal minit ke-5.

Namun selepas itu, Bojan meminta anak buahnya memperkemaskan rentak seterusnya menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 melalui Norfarhan Mohamad yang menyambar lantunan percubaan awal Nwoha.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan buntu untuk menambah jaringan manakala SPA FC pula dilihat lebih banyak bertahan menyebabkan perlawanan menjadi sedikit bosan.



Bersambung babak kedua, Kelantan pantas mengatur gerakan dan hampir menambah jaringan melalui sentuhan Nik Shahrul Azim tetapi bola percubaan dari jarak jauh sedikit melewati palang gol.

SPA FC turut mendapat peluang namun ketangkasan Shahrizan Ismail menafikan dua percubaan bahaya pelawat yang mampu menghasilkan jaringan.

Pada minit ke-67, Sang Kijang dianugerahkan satu sepakan penalti tetapi Nwoha gagal menyempurnakan sepakan tersebut setelah sepakan leret ke sebelah kiri terkena tiang.

Namun dia pantas memadamkan kritikan penonton dengan satu sepakan kencang dari dalam kotak untuk jaringan kedua Kelantan pada minit ke-72.

Jaringan tersebut memadamkan terus sisa perjuangan pemain SPA FC sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil bertugas.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan akan bertemu Kedah dalam perlawanan separuh akhir selepas lawan dari Utara tersebut bangkit menewaskan T-Team 2-1 di Kuala Terengganu.

Kesebelasan Utama

Kelantan : Bojan Hodak
Shahrizan Ismail (Pg), Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail (Kp) (Daudsu Jamaludin), S. Subramaniam, Zairul Fitree Ishak, Norfarhan Mohamad, S. Chanturu, Rizal Fahmi Rosid, Nurul Azwan Roya (Shahiran Mohd Zain), Indra Putra Mahayuddin dan Onyekachi Nwoha.

KL SPA : Mohd Nizam Jamil
Mohd Nuraizat (Pg), Sazali Suwandi, Rosdi Zakaria, Mohd Zainolrani, Muhd Nur Saiful, Fardzly Iskandar, Noor Azizi Azman, Mohd Shafiq Zahari, Muhamad Ariffin dan Zulkifli Jaafar.

Selasa, 27 Mac 2012

Prebiu Ringkas Piala FA : Kelantan mln SPA FC.


Satu tugasan mudah kepada Bojan Hodak untuk mengatur formasi selepas mempunyai kelebihan tiga jaringan tempat lawan ke atas KL SPA FC pada perlawanan kedua suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam nanti.


Kejayaan menarik di tempat lawan bagaimanapun tidak boleh dipandang ringan dan sejarah sudah membuktikan bahawa pasukan kerdil mampu mencipta kejutan andai lawan gergasi mengambil mudah aksi 90 minit terakhir.

Justeru itu, Bojan wajar menurunkan barisan pemain yang betul-betul cergas untuk mengekang barisan amatur SPA FC dari melakukan lebih dua jaringan pada perlawanan malam ini.

Pada pertemuan kedua nanti, ketua jurulatih SPA FC telah mengatakan mereka tidak ada sesuatu untuk dikejar pada perlawanan ini kecuali mahu para pemain menunjukkan aksi terbaik dan menghalang tuan rumah dari melakar jaringan besar.

Oleh kerana kekurangan pemain dan ketidak biasaan beraksi di hadapan ribuan penyokong menyebabkan pemain SPA mudah hilang fokus namun pengalaman yang diperoleh pada pertemuan dengan Kelantan akan mereka gunakan untuk aksi Piala FAM.

Pada pertemuan malam nanti, Kelantan dijangka menurunkan gabungan pemain utama dan simpanan dalam kesebelasan pemain setelah jadual padat yang dilalui setakat ini tidak memungkinkan Bojan menggunakan skuad terkuat yang dimiliki.

Di posisi penjaga gol, Shahrizan Ismail yang beraksi dalam tiga perlawanan terakhir mungkin akan terus dikekalkan dimana Syazwan Yusoff pula berada di bangku simpanan.

Jentera pertahanan bakal berlaku beberapa perubahan pada jangkaan dimana Zamri Ramli mungkin akan mengantikan Daudsu Jamaludin yang digantung selain Obinna dijangka kekal pada posisi pertahanan tengah. S. Subramaniam yang sudah sembuh dari kecederaan mungkin di masukkan bagi mengantikan Farisham. Zairul terus diberi peranan di sebelah kiri kerana Aziz Ismail masih dalam proses mencari kecergasan akibat kecederaan yang dilalui pada beberapa perlawanan terdahulu.

Di bahagian tengah, Rizal Fahmi Rosid dijangka masuk mengantikan Shakir Shaari manakala Badri Radzi terus kekal menggalas tugas ketua pasukan di posisi tengah menyerang. Nurul Azwan dan Chanturu pula akan melengkapkan posisi masing-masing di sebelah sayap.

Nwoha Onyekachi yang beraksi cemerlang pada saingan pertama pula terus diberi kepercayaan beraksi di bahagian serangan bersama peledak dua gol, Norfarhan Mohamad.

Rumours : Keita Mandjou Sasaran Terbaru KAFA?


Penyerang asal Guinea, Keita Mandjou menjadi sasaran terbaru Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk diserapkan ke dalam skuad The Red Warriors.


Menurut sumber pasukan, desas desus kedatangan Keita ke Kota Bharu bertiup kencang selepas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah berangkat ke India untuk menyaksikan sendiri kelibat pemain ini beraksi dengan Pune FC.

Keita yang dinobatkan pemain terbaik Pune FC pada 2011 dikatakan menjadi penganti sesuai untuk diletakkan selaku penyerang utama selepas beberapa pemain import yang digunakan ketika ini gagal menepati piawaian persatuan.

Dia masih mempunyai kontrak sehingga Jun tetapi jika KAFA berminat, rundingan perlu dilakukan untuk membawa pemain ini, jelas sumber itu lagi.

Selain Kelantan, pasukan dari Utara, Perak turut berminat untuk membawa kembali penyerang terbanyak mereka pada 2006 untuk diserapkan ke dalam pasukan.

Mereka dikhabarkan telah menghantar sejumlah rombongan pegawai untuk mengadakan perbincangan dengan pemain ini untuk menyertai Seladang pada pintu perpindahan liga yang akan dibuka pada 2 April depan

Medan Nwoha Bukti Kemampuan.


Nwoha harus membalas kepercayaan penyokong Kelantan dengan menampilkan sentuhan penyudah pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, malam ini.


Selepas dipilih pemain terbaik perlawanan oleh ketua jurulatih pasukan pada kejayaan 3-0 ke atas KL SPA Fc di Lembah Klang, Nwoha perlu menggunakan perlawanan kedua sebagai medan untuk melakar jaringan.

Dia telah melakukan tiga hantaran untuk disudahkan oleh rakan-rakan dan saya pilih dia selaku pemain terbaik perlawanan, ujar Hodak ketika ditemui pihak media baru-baru ini.

Bagi aksi kedua yang akan berlangsung pada malam nanti, Nwoha dijangka akan terus diturunkan dalam kesebelasan utama selepas beberapa pemain masih diragui tahap kecergasan.

Justeru itu, dia wajar menggunakan peluang yang terhidang ataupun berdepan tindakan dikeluarkan dari pasukan semasa perlawanan.

Isnin, 26 Mac 2012

Norfarhan Kembali Temui Sentuhan Berbisa.


Norfarhan Mohamad membuktikan sentuhan berbisa masih belum pudar apabila melakar dua jaringan membantu Kelantan menewaskan KL SPA FC.


Bekas penyerang tersebut dilihat sukar untuk menembusi kesebelasan utama pasukan namun apabila diberi peluang dia menunjukkan aksi cemerlang untuk Kelantan

Penyerang berasal dari Terengganu itu juga dilihat sukar untuk melakukan jaringan selepas penghijrahan kembali menyertai The Red Warriors namun dengan jaringan yang dicatatkan menunjukkan dia sudah kembali pada tahap terbaik seperti beberapa musim lepas.

Ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami kecederaan nyata membuka ruang yang cukup luas kepadanya untuk diletakkan sebagai penyerang terunggul pasukan Kelantan.

Malahan, dengan catatan empat gol dalam Piala FA selain dua jaringan di saingan Liga Super, Norfarhan memberi petanda positif kepada Kelantan untuk tidak terlalu mengharapkan sentuhan Norshahrul dalam perlawanan selepas ini.

Piala FA 2012 : Selangkah ke Separuh Akhir.


The Red Warriors selangkah ke separuh akhir Piala FA 2012 apabila mudah membenam KL SPA FC 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Permulaan babak pertama bagaimanapun tidak seperti yang diharapkan apabila kedua-dua pasukan memberi persembahan hambar.

Sehinggalah minit ke-45, Mohd Badri Radzi bertukar hantaran dengan Nwoha Onyekachi sebelum melepaskan rembatan rendah ke gawang SPA Fc untuk gol pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kelantan tidak menunggu lama mengandakan kedudukan setelah Norfarhan Mohamad bijak menyempurnakan hantaran lintang Nwoha pada minit ke-54.

Norfarhan menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga kepada The Red Warriors apabila mudah menolak masuk ke gawang terbuka luas hasil lantunan percubaan awal Nwoha pada minit ke-79.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan akan menanti kunjungan SPA FC pada 27 Mac untuk perlawanan kedua sebelum mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir.

Sabtu, 24 Mac 2012

KL SPA Bukan Lawan Mudah.


The Red Warriors disaran tidak mengambil mudah pertemuan suku akhir pertama Piala FA menentang KL SPA Fc di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam nanti.


Menurut kenyataan beberapa pihak yang ditemui RedsfcNews, mereka berharap barisan pemain Kelantan menampilkan aksi seperti biasa dan tidak terlalu memberi peluang kepada SPA FC untuk melakukan jaringan.

Lawan yang bakal dihadapi bukan calang-calang pasukan biarpun beraksi di Liga FAM dan andai kata ruang banyak diberikan, tidak mustahil Sang Kijang bakal menerima kejutan.


Mereka tidak memiliki pemain bintang dan berpengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan tetapi tidak mustahil dapat mengecewakan Kelantan.


SPA FC sudah membuktikan kemampuan mereka bersaing di kejohanan piala walau berstatus liga kelas bawahan malah mereka turut mengejutkan beberapa pasukan pilihan termasuk kelab jemputan Kemboja.

Shahiran, Faizol Sertai Skuad Senior.


Krisis kecederaan pemain memaksi pihak pengurusan memanggil dua pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Shahiran Mohd Zain dan Faizol Nazlin Sayuti menyertai skuad senior untuk aksi Piala FA menentang KL SPA Fc di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.



Menurut sumber, dua pemain ini terpaksa dipanggil selepas beberapa pemain utama termasuk Norshahrul Idlan Talaha serta S. Subramaniam masih belum dapat diturunkan.

Kedua-dua pemain diterbangkan ke Kuala Lumpur dan telah menyertai sesi latihan pasukan pada sebelah petang.

Shahiran dan Faizol menampilkan persembahan cemerlang bersama pasukan liga simpanan dan jika diturunkan Bojan Hodak, kedua-dua pemain bakal melakukan debut pertama buat The Red Warriors

Khamis, 22 Mac 2012

Tiada Pemain Utama Penyebab Kekalahan - Bojan.


Tiada pemain utama menjadi penyebab kekalahan Kelantan dalam saingan kumpulan H, Piala AFC 2012 di Stadium YTS, petang semalam.


Menurut ketua jurulatih, Bojan Hodak, ketiadaan pemain utama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Aziz Ismail, S. Subramaniam serta Azizi Mat Rose menyebabkan The Red Warriors gagal mengutip mata di tempat lawan.

Sesetengah pemain utama mengalami kecederaan menyebabkan saya tidak membawa mereka ke sini, jelasnya.

Mengulas tentang perlawanan, Bojan menyatakan anak buah yang diturunkan dalam kesebelasan utama nyata tidak bermain baik dalam perlawanan di Ayeyawady.

Menurutnya, Kelantan mempunyai banyak peluang didepan gawang tuan rumah namun pemain gagal menterjemahkan peluang tersebut kepada jaringan.

Sementara itu, pengendali Ayeyawady United, Joseph Harel berbangga dengan keputusan yang dimiliki mereka tetapi memberi amaran kepada semua pemainnya agar tidak merasa selesa dengan keputusan yang diraih.

Saya gembira dengan keputusan tetapi tidak jangka pasukan kami mampu menewaskan lawan dengan jaringan begini.

Saya sedar kemenangan yang diraih adalah disebabkan pasukan pelawat kekurangan pemain utama yang cedera dan Kelantan mungkin akan membalas kekalahan ini pada perlawanan timbal balik di tempat mereka nanti.

Piala AFC 2012 : Kelantan Bukan Tandingan Ayeyawady United.


Kelantan gagal dalam misi merebut tiga mata penuh apabila kecundang 3-1 kepada Ayeyawady United FC di Stadium YTS, Yangon, petang semalam.


Ayeywady yang beraksi di gelanggang sendiri nyata menggunakan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki untuk menekan barisan pemain Sang Kijang sehingga ke wisel penamat.

Permulaan babak pertama bagaimanapun berpihak kepada pasukan pelawat selepas hantaran cantik Danny Antwi kepada Ghaddar bagaimanapun disudahkan dengan percubaan tersasar walau hanya berhadapan dengan penjaga gol tuan rumah, Thiha Sithu pada minit ke-3.

Tanpa dijangka, Ayeyawady memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-5 setelah Obinna Nwaneri tertampan bola ke gawang sendiri dalam cubaan mengeluarkan bola hantaran silang pemain tuan rumah.

Kelantan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-15 selepas hantaran silang rendah Danny Antwi gagal disepak masuk ke dalam gawang oleh Mohamad Ghaddar.

Kegagalan The Red Warriors menggunakan peluang akhirnya dihukum tuan rumah pada minit ke-41 selepas larian solo Aung Kyo Myo membuka ruang kepada pemain tengah Ayeyawady ini merembat masuk menewaskan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan perubahan taktikal dan berhasil merapatkan kedudukan pada minit ke-65 selepas Ghaddar menjaringkan gol biarpun sepakan penalti sebelum itu berjaya diselamatkan penjaga gol Ayeyawady.

Jaringan pertama menyemarakkan semangat pemain Sang Kijang untuk mengandakan serangan ke arah pintu gol lawan namun berpunca dari satu serangan pantas, Ayeyawady akhirnya mengesahkan tiga mata penuh selepas Jupiter Yves menyempurnakan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-80.

Dengan kemenangan tersebut, Ayeyawady bukan sahaja mengutip tiga mata untuk berada di kedudukan teratas kumpulan H malah mencipta sejarah tersendiri selaku kelab pertama dari Myammar mengutip kemenangan dalam saingan Piala AFC.

Rabu, 21 Mac 2012

Piala AFC 2012 : Prebiu - Misi Tiga Mata Penuh.


Selepas kejayaan mara ke pentas suku akhir Piala FA, The Red Warriors turun tanpa persediaan rapi apabila bertandang ke Yangon untuk aksi kedua AFC melawan Ayeyawady United FC.


Cabaran besar menanti pemain Sang Kijang untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas terpaksa berkongsi mata dengan Navibank Saigon pada perlawanan pertama beberapa minggu lalu.

Bukan satu tugasan mudah kepada barisan pengendali Kelantan untuk merencana strategi ampuh bagi mengekang tuan rumah seterusnya mengaut semua mata yang ditawarkan pada perlawanan ini.

Begitu juga dengan Ayeyawady United, perlawanan di tempat sendiri sudah tentu mahu dibuktikan dengan catitan kemenangan keatas pendahulu Liga Malaysia tersebut.

Sementelah kejayaan meraih satu mata di Malang, Indonesia pada perlawanan pertama pasti mahu diterjemahkan pada pungutan mata penuh.

Berdasarkan situasi semasa, kelebihan nyata berpihak pada Ayeyawady setelah kesemua pemain utama mereka cergas dari masalah kecederaan berbanding Kelantan yang telah kehilangan sehingga lapan pemain.

Ayeyawady United tentu akan menggunakan segala kelebihan yang dimiliki mereka termasuklah persekitaran, cuaca, stadium dan penyokong untuk menewaskan Kelantan dengan habis-habisan.

Taktikal dan Formasi.

Ayeyawady United bukanlah pasukan yang mantap bila bersaing di Liga Myammar namun keupayaan dalam kejohanan piala begitu dikagumi pasukan lawan. Justeru itu, pengendali mereka, Joseph Harel dijangka meneruskan dominasi saingan peringkat kumpulan Piala AFC untuk mengejutkan pasukan Kelantan. Formasi 4-4-2 bakal diterjemahkan jurulatih berasal dari Slovakia tersebut.

Bojan Hodak tiada pilihan lain selain menurunkan barisan serangan untuk mencari gol awal dan disebabkan itu beliau kemungkinan terus mengekalkan formasi perlawanan pertama dengan menjalankan 4-3-3 namun memberi penekanan pada hantaran pendek selaras dengan hasrat untuk bermain "one touch football".

Senarai Kemungkinan.

Ayeywady United FC

Pada perlawanan ini dijangka penjaga gol yang pernah beraksi dengan skuad Kebangsaan Myammar, Thiha Si Thu terus dikekalkan kerana prestasi konsisten sepanjang diturunkan dalam liga domestik dan piala.

Barisan pertahanan turut dijangka tiada perubahan besar dimana pemain import, Karangwa John bakal menggalas tugasan pertahanan bersama dengan Zaw Zaw Oo serta Na Ling Auw. Melengkapkan senarai pertahanan ialah U Tun Lin Aung.

Jentere tengah, import baru, Miroslav Latiak dijangka menjadi "play maker" Ayeyawady United untuk merencana gerakan membolosi gawang pelawat. Miroslav dibantu Nanda Lin Kyaw Chit, Kyaw Zayar Min serta Sai Than Aung. Keempat-empat pemain ini dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatur gerakan kerana gandingan mereka dilihat cukup rasi untuk mengucar kacirkan pertahanan lawan.

Pemain serangan pula bakal diketuai penyerang dari Nigeria, Jupiter Yves. Satu tempat lagi mungkin akan dimiliki oleh Aung Kyaw Myo. Dua pemain ini dilihat cukup mantap beraksi bersama malahan seringkali bertindak menjaringkan gol saat pasukan memerlukan. Malah, kedua-dua pemain ini berhasil meledak hampir 10 gol pada beberapa perlawanan terakhir.

Kelantan FC

Ketiadaan Khairul Fahmi tidak merisaukan Bojan kerana Shahrizan Ismail mempunyai cukup pengalaman untuk mengemudi benteng terakhir dari dirobek pemain Ayeyawady.

Pertahanan pula tidak lain tidak bukan Obinna Nwaneri diberi tanggungjawab mengetuai posisi ini dari serangan tuan rumah. Beliau akan dibantu oleh Farisham Ismail di pertahanan tengah manakala Daudsu dan Zairul Fitree masing-masing melengkapkan posisi di sebelah kiri dan kanan.

Jentera tengah, Mohd Badri Radzi selaku ketua pasukan mempunyai tanggungjawab besar dan diharap tidak melakukan "mistake" mudah memaksa pasukan ke jalan buntu. Shakir Shaari juga perlu meningkatkan prestasi yang dilihat merudum dan biarpun begitu, dia bersama Indra Putra dan Norfarhan mungkin terus dikekalkan Bojan dalam senarai utama.

Barisan serangan, ketiadaan Norshahrul, Ramzul dan Azlan Ismail memberi peluang yang cukup luas kepada Ghaddar dan Antwi membuktikan keupayaan mereka sepanjang perlawanan berlangsung. Nwoha juga mungkin tersenarai dalam kesebelasan utama dan diberi tempat membantu Ghaddar melakukan tindakan penyudah

Selasa, 20 Mac 2012

Ramzul Tersisih.


Ramzul Zahini Adenan tersisih dari skuad ke Yangon apabila mengalami kecederaan serius dan berdepan kemungkinan direhatkan untuk beberapa perlawanan selepas ini.


Menurut maklumat dari sumber KAFA, Ramzul mendapat kecederaan hamstring dan tidak mungkin kembali dalam senarai pemain buat sementara waktu.

Pemain ini mendapat kecederaan selepas hanya sembilan minit dimasukkan pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Ipoh.

Kecederaan Ramzul sedikit menggusarkan selepas The Red Warriors turut kehilangan Norshahrul Idlan Talaha akibat masalah kecederaan lutut.

Sementara itu, Khairul Fahmi Che Mat juga berdepan masalah kecederaan bahu menyebabkan dia tidak disenaraikan untuk aksi kedua Piala AFC di Yangon

Piala AFC 2012 : Senarai Pemain Kelantan Ke Ayeyawady United.


Berikut adalah barisan pegawai dan pemain The Red Warriors ke Yangon, Myammar untuk aksi Piala AFC menentang Ayeyawady United FC di Stadium YTC pada 21 Mac 2012.


Pegawai
Pengurus : Haji Azman Ibrahim
Ketua Jurulatih : Bojan Hodak
Pembantu : Zahasmi Ismail
Fisio : Ahmad Faris Musa
Kitman : Harun

Penjaga gol
Shahrizan Ismail
Syazwan Yusoff

Pertahanan
Farisham Ismail
Zairul Fitree Ishak
Daudsu Jamaludin
Obinna Nwaneri
Nik Shahrul Azim
Zamril Ramli
Rizal Fahmi Rosid

Tengah
Mohd Badri Radzi
Shakir Shaari
Norfarhan Mohamad
Indra Putra Mahayuddin
Nurul Azwan Roya
S. Chanturu

Penyerang
Mohamed Ghaddar
Danny Antwi
Nwoha Onyekachi

President Warriors Pungut Tiga Mata Lagi.


President Warriors menamatkan perlawanan pusingan pertama Liga Presiden Malaysia 2012 dengan catatan tiga mata.



Terbaru, mereka mengalahkan barisan sembilan pemain Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) 2-1 di Padang Seri Gelam, petang tadi.

Dua jaringan yang dilakukan pada babak pertama oleh Aris Zaidi dan Zabeel Mohd Nor sudah cukup buat President Warriors untuk mencatatkan kemenangan biarpun tuan rumah bangkit pada babak kedua untuk jaringan saguhati pada minit ke-67.

Dengan kemenangan yang diraih, skuad muda Kelantan memungut 24 mata hasil dari tujuh kemenangan, tiga kali seri dan dua perlawanan tewas untuk berada dalam senarai lima pasukan teratas.

Isnin, 19 Mac 2012

‘Macam Ada Agenda’


Annuar terkilan niat ikhlas beri pandangan disalah erti hingga jadi isu panas

Annuar Musa

“SAYA rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kontroversi yang melanda saya sekarang.” Itu luahan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang didakwa melanggar peraturan badan induk bola sepak negara itu kerana mengeluarkan kenyataan kepada media.

“Saya cuba nak faham apa yang sedang berlaku,” kata Annuar. “Saya memberi pandangan mengenai pasukan kebangsaan kerana ditanya oleh salah seorang wartawan. Saya sangka perkara ini biasa, tidak sangka pula jadi besar sampai begini.”

Dalam laporan Berita Harian semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan surat pertuduhan sudah dihantar menerusi faksimili dan e-mel kepada Annuar dan dia perlu menjawab pertuduhan berkenaan sebelum Jumaat ini.

Annuar yang juga Timbalan Pengerusi pasukan kebangsaan berkata, jawapannya kepada soalan berkenaan prestasi Harimau Malaya adalah daripada sudut pandangan peribadinya dan dinyatakan secara umum.

“Saya bukan mempertikaikan kejurulatihan Datuk K Rajagobal, tetapi sekadar memberi pandangan secara umum kedudukan pasukan negara berbanding negara-negara Asean lain,” kata Annuar.

“Apakah saya sebagai Timbalan Presiden tidak boleh bercakap dengan media atau menjawab soalan yang diajukan kepada saya? Saya cuba jawab secara ikhlas soalan wartawan berkenaan. Jika saya tidak boleh bercakap kepada media, tidak perlu ada sidang media dalam majlis yang hanya dihadiri oleh exco atau pegawai FAM.”
Annuar bagaimanapun menjelaskan, beliau belum melihat surat berkenaan tetapi menerusi laporan akhbar semalam, persediaan menghadapi tuduhan ke atasnya sudah mula difikirkan.

“Walaupun tempoh yang diberikan kepada saya agak singkat, saya akan cuba menerangkan situasi sebenar kepada FAM. Saya sudah merujuk kepada FIFA dan AFC mengenai perkara ini. Mungkin ada hikmah di sebalik perkara ini.”

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Annuar juga dituduh melanggar titah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM) ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung – pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM.


Datuk Azzuddin Ahmad perlu dibuang daripada FAM kerana dia lah bakal merosakkan bola sepak Malaysia..RENUNG_RENUNGKAN dan BERFIKIR

Ahad, 18 Mac 2012

Liga Super 2012 : Perak vs Kelantan

Live Update :
Keputusan Penuh :

Perak 0 - 2 Kelantan

Jaringan Daudsu hasil sepakan percuma minit ke 10,gol kedua Kelantan dijaringkan oleh Zairul Fitri pada minit ke 28 setelah Nwoha dijatuhkan.Kelantan melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Nwoha dan mengantikan dengan Ramzul pada minit 67.

Shahrizan dilayangkan kad kuning kerana cuba melengahkan perlawanan.Nurul dimasukan setelah Ramzul mengalami kecederaan pada minit ke 76 perlawanan.Zairul Fitri pula dilayangkan kad kunig.Perak melakukan serangan bertali arus untuk lima belas minit terakhir perlawanan.

Kelantan membuat pertukaran terakhir pada minit ke 83 dengan mengeluarkan S.Chanturu dan memasukkan Rizal Fahmi.Import Perak,Kubala melepasi tiga pemain Kelantan namn Kelantan yang dilihat sudah berkampung dikawasan sendiri berjaya mengagalkan gerakan beliau.Perak memperolehi sepakan percuma yang diambil oleh Kubala pada minit ke 89 namun mengenai tiang gol sebelah kiri Shahrizan.

Kelantan bermain dalam masa kecederaan dengan tiga minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan.Kelantan berjaya mengalahkan Perak dengan dua gol jaringan pemain pertahanan iaitu Daudsu dan Zairul Fitri pada separuh masa pertama.

Kesebelasan Utama Kelantan :

Shahrizan, Farisham, Zairul Fitri, Daudsu, Obinna, Badri,Shakir, Nwoha(Ramzul)(Nurul), Indra Putra, Nor Farhan dan S.Chanturu(Rizal Fahmi).

Jumaat, 16 Mac 2012

Prebiu Perlawanan : Perak mln Kelantan


Kelantan dan Perak meneruskan misi penting untuk memungut tiga mata penuh dalam saingan Liga Super yang disambung kembali di Stadium Ipoh, malam esok.


Tepatnya, Perak kembali dengan rasional untuk menumpukan kepada saingan Liga Super setelah ditunjukkan jalan keluar dari Piala FA namun perlu mencari rentak segera termasuk memperbaiki jentera serangan yang kelihatan semakin tumpul pada saat ini.

Sang Kijang yang hadir selaku pasukan pelawat sudah tentu berada dalam tempoh selesa selepas berehat beberapa hari dari kejohanan peringkat domestik dan Asia menyaksikan kehadiran ke Ipoh bukan satu tempat untuk "makan angin"

Bagi Perak, kehadiran The Red Warriors ke gelanggang mereka bakal diberikan sambutan biasa sementelah pula pihak pengurusan bertekad mahu pemain mereka mencalar imej pasukan pelawat buat kali kedua dalam masa dua tahun.

Kelantan yang hadir selaku pendahulu liga turut dikhabarkan mahu mendapatkan kemenangan seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di singgahsana dari dicabar pencabar terdekat yang lain.

Kem Perak sedikit lega setelah menerima perkhabaran kesemua pemain utama bebas dari masalah kecederaan dan pengantungan perlawanan, situasi berbeza bagi Sang Kijang apabila dua hingga tiga pemain masih lagi dilaporkan tidak cergas.

Berdasarkan rekod pertemuan di Stadium Ipoh, Perak dilihat mempunyai kelebihan berbanding pasukan lawan kerana mereka mencatatkan kemenangan besar pada dua tahun terakhir ini sejak kekalahan memalukan pada 2009. Bagi rekod semasa, Kelantan menang keatas Seladang pada dua pertemuan persahabatan termasuklah dengan jaringan 3-1 pada persiapan pra-musim dimana pada ketika itu mereka masih dibawah bimbingan Peter Butler.

Formasi dan Taktikal.

Perak dibawah kendalian Norizan Bakar berada dalam keadaan tekanan untuk beraksi baik kerana ketumpulan penyudah selain ketidak tentuan prestasi pemain import menyaksikan segala perancangan yang telah diatur terus gagal direalisasikan. Apa tidaknya, dengan 11 jaringan berbanding 10 bolos dalam 9 perlawanan meletakkan mereka setakuk dibawah Kelantan. Norizan perlu berusaha keras pada perlawanan malam esok dengan mengatur strategi baru sementelah kehadiran kembali Akmal Rizal dan Failee Ghazali meredakan sedikit tekanan untuk mencari pemain serangan. Pada perlawanan malam esok, "fans" Seladang mengharapkan formasi menyerang diteruskan dengan corak taktikal 4-4-2.

The Red Warriors turut hadir dengan sedikit kelemahan apabila kehilangan pemain serangan yang masih mengalami kecederaan. Bojan masih lagi memantau situasi Norshahrul dan ketiadaan penjaring terbanyak Kelantan setakat ini biarpun pada awalnya tidak berdepan masalah besar mungkin bakal menghukum mereka di gelanggang lawan, esok. Namun, rekod semasa yang mereka lakar pada tiga saingan yang disertai setakat ini mungkin menjadi bekalan selesa kepada Bojan mengatur taktikal terbaik dan memantapkan kembali beberapa kelemahan yang dikesan termasuk bahagian pertahanan. Dijangka, formasi 4-4-2 juga akan digunakan beliau disamping semua pemain bebas untuk menjana bahagian masing-masing dalam tekad memburu jaringan kemenangan.

Senarai Kemungkinan.

Perak


Tiada sebab bagi Norizan Bakar untuk melakukan pertukaran di posisi penjaga gol dimana Nasril Nourdin kekal mengemudi kubu terakhir mereka berbanding mengharapkan tenaga simpanan yang mungkin memberikan sedikit risiko pada pertemuan menentang Sang Kijang.

Jentera pertahanan yang dilihat masih lemah dan kurang daya ketahanan pula bakal diterajui oleh Mohd Khairi Zainuddin, Mohamad Hisyamudin, Mohd Syazwan Roslan serta K. Nanthakumar. Mereka diberi peranan cukup luas untuk menghalang gerakan yang bakal dilakukan barisan serangan Kelantan. Andai corak permainan mereka berjaya mengekang asakan lawan, mereka berempat bakal menjadi kunci kepada kejayaan Perak untuk memungut tiga mata.

Bagi posisi tengah, Norizan mempertaruhkan ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapha untuk digandingkan dengan pemain import dari Slovakia, Michal Kubala. Pemain ini diberi harapan oleh barisan pengurusan dan penyokong setia Seladang untuk melakukan sesuatu pada perlawanan malam esok. Kubala sudah melakukan enam jaringan dan menjadi antara penjaring prolifik Liga Malaysia setakat ini dan kehebatan Kubala bakal menyukarkan barisan pertahanan Sang Kijang dengan ditambah aksi beberapa pemain muda seperti Fahrul Razi serta Mohd Fazrul Hazli, Perak bakal menjelmakan satu asakan padu didepan penyokong mereka sendiri ke kubu Kelantan.

Posisi serangan yang seringkali memberi masalah kepada Perak mungkin turut berubah setelah import yang digunakan dijangka tidak akan diturunkan oleh Norizan menyaksikan kelibat Akmal Rizal dan Failee Ghazali digandingkan untuk mencari jaringan. Tetapi siapa tahu, Popovic yang telah dikritik hebat sejak 10 perlawanan lepas mungkin menjelmakan aksi menarik untuk melakar jaringan pertama di Liga Super andai terus diberi peluang beraksi. Selain mereka, Shafiq Jamal yang kelihatan tumpul sejak akhir-akhir ini mungkin menjadi penyerang alternatif seandainya pemain lain masih berterusan gagal meledak didepan gawang pelawat.

Kelantan


Sang Kijang dikhabarkan sudah boleh menerima khidmat Khairul Fahmi yang dilanda kecederaan setelah aksi Pra Olimpik. Pemain ini diberi harapan untuk memulihkan segera kecederaan kerana saingan yang akan dilalui bukan calang-calang. Namun andai "Apek" gagal kembali, Shahrizan Ismail masih mempunyai aura untuk berada di tempat tersebut.

Barisan pertahanan, tiada perubahan bakal dilakukan oleh Bojan setelah Obinna dan Farisham masih kekal konsisten sejak ketiadaan S. Subramaniam yang dilanda kecederaan pangkal paha. Daudsu turut mungkin berada dalam skuad selain Zairul Fitree kembali merampas tempat di posisi pertahanan kiri setelah Aziz dilihat masih mencari kecergasan.

Jentera tengah, Mohd Badri Radzi selaku ketua pasukan diberi peranan lebih luar berbanding pemain lain dimana dia turut diharapkan untuk melakukan jaringan selain hantaran-hantaran baik ke kawasan lawan. Shakir Shaari biarpun beraksi di posisi "defensive" mungkin turut diberi sedikit kelonggaran untuk naik keatas bagi membantu Chanturu dan Indra pada posisi sayap. Mereka bertiga akan memainkan peranan penting bagi mengemudi jentera serangan Kelantan dengan hantaran dan larian pantas dari kawasan tengah.

Posisi serangan, ketiadaan Norshahrul bakal membuka satu peluang kepada Norfarhan untuk kembali ke posisi asal selepas beberapa tahun beraksi di sebelah kanan. Dia mungkin digandingkan dengan pemain import, Nwoha Onyekachi manakala Ramzul Zahini diletakkan di bangku simpanan

Piala AFC 2012 : Stadium Belum Muktamad.


The Red Warriors mendapat khabar gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi kelulusan bersyarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk aksi seterusnya Piala AFC 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, stadium masih lagi belum mendapat kelulusan muktamad selain terpaksa membuat beberapa rayuan bagi merealisasikan sejarah pertama kejohanan peringkat Asia dilangsungkan di arena sendiri.

Pihak KAFA sudah mengemukakan beberapa perkara yang perlu ditambah baik oleh Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) termasuklah pembinaan bilik doping, bilik media dan kesihatan, kemudahan internet untuk media serta lain-lain.

KAFA turut diminta menyiapkan laporan dan bukti gambar semua perkara diatas sebelum 18 Mac seterusnya menanti keputusan muktamad yang akan dikeluarkan oleh AFC, jelasnya.

Diharapkan pihak AFC memberi kelulusan kepada The Red Warriors selepas pihak persatuan menghantar laporan nanti

Shahiran Bintang Muda Terbaru Kijang.


Shahiran Mohd Zain tidak begitu dikenali walau sudah dua musim menabur bakti dengan pasukan Piala Presiden Kelantan.


Malah pasti ramai tidak tahu yang Bojan Hodak turut meletakkan Shahiran dalam senarai lapan belas pemain pada pertemuan pusingan kedua Piala FA, baru-baru ini.

Biar tidak diturunkan, sekurang-kurang Shahiran mendapat pengalaman pertama duduk dalam perlawanan terbesar sepanjang karier pemain ini.

Sebelum menempah nama selaku penyerang handalan yang digilap Hashim Mustapha, beliau dilihat sukar mendapat tempat selepas terpinggir dengan kehandalan pemain sebaya yang lain.

Lantaran kehadiran ramai pemain berbakat selain dibayangi kehebatan beberapa pemain seperti Aris Zaidi, Farhan Yaacob, Khairul Izuan serta Akid Ramli menyaksikan pemain muda ini gagal menyerlahkan sikap selaku penyerang sejati.


Bagaimanapun Shahiran mula menonjolkan diri selaku pengempur berbisa President Warriors selepas jaringan demi jaringan yang dilakukan meletakkan beliau selaku antara "top scorer" dalam saingan Liga Presiden 2012.

Tidak keterlaluan, ketiadaan Aris Zaidi akibat masalah disiplin meletakkan Shahiran pada satu kedudukan selesa untuk menjadi antara penyerang berbisa pada setiap perlawanan.

Rata-rata penyokong yang ditemui pada perlawanan Piala Presiden di Kota Bharu memuji sikap yang ditunjukkan pemain ini biarpun pada satu ketika dilihat sukar untuk mencari tempat dalam kesebelasan utama.

Peningkatan demi peningkatan yang dianjurkan Shahiran mungkin akan memberikan tempat kepada beliau untuk menambat hati Bojan seterusnya melakukan debut pertama dalam skuad senior tidak lama lagi.

Piya tekad sekat Perak di Ipoh


BADRI tidak mahu kekecewaan berulang di Ipoh apabila Kelantan menentang Perak esok.


KAPTEN Kelantan, Mohd. Badri Radzhi atau lebih dikenali sebagai Piya mahu menjadikan pertemuan dengan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak esok sebagai medan untuk menebus keke- cewaan selepas tumbang 0-4 kepada lawan mereka itu musim lalu.

Pemain kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu berkata, peluang menentang Perak akan digunakan sebaik mungkin bagi membantu Kelantan meraih tiga mata penuh selepas tidak beraksi ketika mereka tewas 0-4 musim lalu.

"Musim lalu saya direhatkan gara-gara aksi kurang konsisten dan saya sekadar memanaskan bangku simpa- nan dalam pertemuan tersebut.

"Itu cerita musim lepas, perlawa- nan Sabtu ini (esok) cukup penting buat saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan tiga mata, seterusnya menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat, Lions XII dan Terengganu," katanya di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, tempoh rehat selama seminggu sudah cukup buat mereka mengembalikan semula tahap kecergasan selepas mengharungi jadual yang ketat sebelum ini.

Perancang tengah The Red War- riors itu mengakui pertemuan dengan Perak bukanlah tugas mudah memandangkan skuad bimbingan Norizan Bakar dilihat cukup liat untuk dijinakkan, terutamanya beraksi di gelanggang sendiri.

Menurutnya, Perak merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain hebat seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Shahrulnizam Mustapha, Shafiq Jamal, dan tonggak import, Michael Kubala.

Tambahnya, kelibat pemain tersebut perlu diberikan perhatian oleh rakan- rakan sepasukannya kerana mereka cukup berbahaya sekiranya diberikan banyak ruang untuk bergerak.

Bagaimanapun katanya, dia telah bersiap sedia untuk mengharungi ujian getir tersebut dan menuntut rakan-rakan sepasukan untuk menjelmakan aksi terbaik dalam perla- wanan itu dengan meraih tiga mata penting.

"Turun tanpa Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Subra (S. Sub- ramaniam), saya yakin Kelantan tidak berdepan dengan masalah kerana kita ada ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka.

"Saya harap rakan-rakan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut. Tanpa Mat Yo, jentera serangan Kelantan tidak pincang kerana pemain lain seperti Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohammad, S. Chanturu dan lain-lain mampu menjaringkan gol, termasuklah Onyekachi Nwoha," ujarnya.

Mengulas mengenai corak latihan yang dijalankan pengendali kelahi- ran Croatia, Bojan Hodak, Piya berkata, dia selesa dengan apa yang telah diterapkan oleh jurulatih berkenaan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan corak latihan Hodak. Bagi saya, beliau seorang jurulatih yang mempunyai kepakaran tersendiri."

Siaran Langsung Liga Super 2012 : Perak vs Kelantan

Pihak RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan liga super 2012 diantara Perak dan Kelantan.Penyokong-penyokong TRW yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Ipoh boleh menyaksikan perlawanan tersebut melalui RTM1.

Kelantan vs Perak
Sabtu,17 Mac 2012
Stadium Ipoh,Perak
live : RTM1

KL SPA FC Tuan Rumah Suku AKhir Pertama Piala FA.


KL SPA FC menjadi tuan rumah bagi perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Perlawanan akan diadakan pada 24 Mac manakala bagi aksi timbal balik berlangsung di Kota Bharu pada 27 Mac.

Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima pengesahan rasmi akan perkara tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang semalam.

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Sang Kijang bakal menjadi tuan rumah perlawanan pertama menyebabkan timbul sedikit masalah kepada para pemain yang terpaksa melalui jadual padat sepanjang Mac.

Ahad, 11 Mac 2012


Piala FA 2012 : Kelantan ke Suku Akhir.

Kelantan layak ke suku akhir Piala FA apabila menumpaskan Kuala Lumpur 3-2 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.



Pada babak pertama bagaimanapun seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk mendapatkan jaringan.

Nasib lebih menyebelahi Sang Kijang apabila serangan balas yang dilancarkan Badri Radzi membuka peluang kepada Norfarhan untuk melepasi perangkap offside sebelum menolak masuk untuk jaringan pertama pada minit ke-29.

Bagaimanapun, Kuala Lumpur tidak menunggu lama menyamakan kedudukan selepas sepakan sudut dari sebelah kanan pintu gol Kelantan pada minit ke-39 memberikan Mohd Afiq Azmi satu kedudukan selesa untuk menanduk masuk ke gawang.

Tersentak dengan jaringan penyamaan pelawat, Kelantan bangkit mengatur serangan pantas dan hasilnya, Indra Putra muncul penjaring gol kedua pada minit ke-43 setelah bola larian awal Badri Radzi singgah tepat di kaki pemain ini untuk rembatan kencang menggegar jaring Kuala Lumpur.

Bersambung babak kedua, Kelantan memulakan serangan awal untuk memburu jaringan seterusnya tetapi gagal membuatkan barisan pengendali melakukan pertukaran pertama memasukkan Nwoha Onyekachi bagi mengantikan Ramzul.

Kemasukan Nwoha menghidupkan jentera serangan The Red Warriors apabila beberapa gerakan menarik dihasilkan pemain import ini membuatkan pertahanan Kuala Lumpur tidak senang duduk.

Bermula dengan satu gerakan Badri, Nwoha melakukan percubaan menarik pada minit ke-69 namun terkena tiang seterusnya pantas dikeluarkan Ahmad Dashila dari kawasan bahaya tetapi Badri Radzi bijak merampas dari kawasan tengah dan melakukan satu larian solo sebelum melepaskan sepakan padu untuk jaringan ketiga pasukan Kelantan.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan mula mengendurkan serangan bagi memberi peluang kepada Kuala Lumpur mengatur beberapa serangan merbahaya.

Sehinggalah minit terakhir masa tambahan, Kuala Lumpur dihadiahkan satu sepakan percuma dari sebelah kiri pintu gol Sang Kijang dan pemain gantian pelawat, Fazuan Abdullah meledak satu sepakan kencang untuk menewaskan Khairul Fahmi buat kali kedua.

Namun begitu, jaringan tersebut sudah terlambat buat Kuala Lumpur mengejar Kelantan setelah pengadil perlawanan, Shukri Abdul Rahman meniupkan wisel penamat memberikan Sang Kijang tempat ke suku akhir.

Kelantan : Bojan Hodak.
Khairul Fahmi Che Mat (Pg), Obinna Nwaneri, Farisham Ismail, Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree Ishak, Mohd Badri Radzi (Kp) (Rizal Fahmi Rosid), Shakir Shaari, Norfarhan Mohamad (Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, S. Chanturu dan Ramzul Zahini (Onyekachi Nwoha).

Kuala Lumpur : Razip Ismail.
Rozaimie Rohim (Pg), Ahmad Dashila, Ahmad Jihad, Hishamudin Othman, Aslam Najmudeen (Kp), Syafiq Johari, Syafwan Shahlan, Emmanuel Okine, Zakaria Charara (Fazuan Abdullah), Stanley Bernard (Afiq Azmi) dan Zameer Zainun.

Rabu, 7 Mac 2012

3 Import Lawan Navibank.


Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak bakal menurunkan tiga pemain import untuk aksi pembukaan Piala AFC menentang Navibank Saigon di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam nanti.


Menurut jurulatih berasal dari Crotia tersebut, kemungkinan Ghaddar, Obinna dan Danny Antwi akan disenaraikan seperti syarat yang telah ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membenarkan tiga pemain asing beraksi dalam setiap perlawanan.

Dengan kehadiran tiga pemain import, kita harap penampilan istimewa Kelantan dalam sejarah pertama di pentas Asia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau turut mengesahkan secara rasminya, beberapa tonggak seperti Norshahrul Idlan, S. Subramaniam serta Daudsu Jamaludin tidak akan diturunkan dan berharap penganti mereka dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu, ketua pasukan, Mohd Badri Radzi menegaskan pemain Sang Kijang akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut dan berharap rakan sepasukan mampu memungut tiga mata keatas pasukan dari Vietnam itu.

Kita punya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan para penyokong pasti mengharapkan kemenangan kami, jelasnya.

Prebiu Piala AFC : Kelantan FA Melawan Navibank Saigon FC.


Kelantan turun perlawanan pertama Piala AFC menentang Navibank Saigon FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Biarpun terpaksa beraksi di venue berkecuali kerana sedikit masalah teknikal di Kota Bharu, Sang Kijang perlu mencatatkan kutipan mata andai mahu melangkah lebih jauh pada saingan yang disertai buat kali pertama.

Navibank Saigon yang juga kali pertama beraksi di pentas Asia bukanlah satu lawan yang mudah seperti pasukan di negara sendiri dan dengan sebab itu The Red Warriors wajar menggunakan peluang yang dimiliki beraksi di depan penyokong sendiri untuk menjinakkan pasukan lawan.

Berdasarkan pemerhatian semasa, Kelantan berada di landasan tepat untuk mencatatkan kemenangan kerana prestasi sedikit memberangsangkan berbanding lawan yang masih terkial-kial mencari corak permainan sebenar.

Namun, dijangka saingan yang diberikan lawan akan sengit kerana ketua jurulatih mereka dengan yakin menyatakan Navibank Saigon ada banyak maklumat untuk menidakkan kejayaan Kelantan merebut mata pertama mereka di pentas AFC.

Formasi dan Taktikal

Bojan Hodak bakal mengemudi Kelantan turun perlawanan ini dengan skuad tempang kerana kehilangan ramai pemain tonggak akibat masalah kecederaan semasa. Selain itu, beliau juga kemungkinan besar bakal mengalami sedikit masalah komunikasi dengan para pemain ekoran baru dilantik untuk melatih pasukan. Namun, diharapkan Bojan dapat menerapkan corak taktikal terbaik bagi mengekang pasukan lawan dari merobek kubu The Red Warriors. Dijangka tiada perubahan ketara dapat dilakukan Bojan selain mengekalkan formasi Butler untuk perlawanan ini dimana 4-4-2 merupakan satu taktikal terbaik yang dimiliki berdasarkan senarai pemain yang ada.

Bagi Navibank Saigon, kehadiran ke Kuala Lumpur bukan untuk bersenang lenang menyebabkan ketua jurulatih mereka, Pam Chong Loc mencabar anak buahnya untuk mengutip mata penuh. Biarpun menyedari anak buahnya masih tempang kerana prestasi kurang memberangsangkan dalam saingan Liga Vietnam, Pam tetap yakin Navibank dapat menjinakkan Sang Kijang di gelanggang mereka. Pada perlawanan malam nanti, formasi 4-4-2 akan cuba dicerapkan Pam kepada skuad utama beliau seterusnya cuba melakukan serangan melalui "counter attack" manakala turun pantas bertahan bila diserang pasukan lawan.

Barisan Kemungkinan

Kelantan


Seperti biasa, posisi penjaga gol Kelantan terus diisi Khairul Fahmi Che Mat manakala penjaga gol simpanan diberikan kepada Shahrizan Ismail.

Jentera pertahanan akan ada tiga perubahan selepas pemain "regular" sebelum ini, S. Subramaniam, Aziz Ismail dan Daudsu Jamaludin diberi rehat akibat kecederaan dan kemalangan jalan raya. Justeru itu, tiada pilihan lain bagi Hodak selain memasukkan Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak dan Zamri Ramli bagi mengantikan mereka untuk digandingkan dengan Obinna Nwaneri yang dilihat cerah mengekalkan tempat di bahagian "center". Nik Shahrul Azim dan Rizal Fahmi pula bakal diletakkan dalam senarai pemain di bangku simpanan.

Bahagian tengah, Badri Radzi bukan sahaja menggalas tugas ketua pasukan malahan menggalas juga amanat penyokong dan barisan kejurulatihan pasukan untuk mengatur serangan ke arah kubu pasukan pelawat. Disamping Badri kemungkinan tiada perubahan ketara dengan skuad tiga mata keatas Negeri Sembilan dimana Shakir dan Norfarhan mungkin dikekalkan dalam kesebelasan utama. Nurul Azwan masuk di permulaan selepas Indra disahkan tidak dapat beraksi kerana cedera. S. Chanturu yang menjadi wira baru-baru ini mungkin tidak diletakkan dalam kesebelasan pertama. Seorang pemain President Warriors dijangka akan berada di bangku simpanan bagi melengkapkan senarai.

Kembalinya Mohamad Ghadaar sedikit melegakan buat pasukan Kelantan. Dia kemungkinan besar akan bersama Antwi di jentera serangan kerana Norshahrul turut tersisih akibat tidak cergas. Ramzul menggalas tugas simpanan bersama dengan Nwoha Onyekachi.

Navibank Saigon FC


Menurut maklumat dari rakan admin dari blog MugoNopak, barisan kesebelasan utama Navibank kemungkinan besar adalah pemain utama pasukan kerana mereka bebas dari masalah kecederaan pemain. Bagi posisi penjaga gol, Nguyen The Anh bakal menggalas tempat utama tersebut.

Jentera pertahanan tengah Navibank pula akan dikemudi oleh pertahanan antarabangsa Togo, Vincent Bossou bersama dengan Nguyen Thanh Long Diang. Posisi kanan dijangka milik Dangh Khang Lam manakala sebelah kanan pula diberikan kepada Doan Viet Cuong.

Jentera tengah pula Navibank bakal mempertaruhkan sentuhan pemain import berpengalaman luas di peringkat antarabangsa, Ricardinho untuk menjadi "playmaker" bersama ketua pasukan mereka, Phan Van Tai Em. Dua lagi tempat mungkin menjadi milik Luong Van Duoc Em serta Nguyen Van Kai.

Posisi serangan tidak asing lagi dimana penyerang dari Columbia, Edison Fonseca bakal digandingkan sekali lagi dengan Nguyen Quang Hai untuk merobek gawang pasukan Kelantan biarpun pada beberapa perlawanan yang dilalui di Liga, mereka gagal memberikan impak berkesan untuk mencatatkan kemenangan.

Khairul Fahmi Che Mat
Zamri -- Farisham -- Obinna -- Zairul
Farhan -- Badri (Kp) -- Shakir -- Nurul Azwan
Ghaddar -- Antwi

mln

Fonseca -- Hai Nguyen
Ricardinho -- Van Kai -- Em Phan (Kp) -- Luong Van
Viet Cuong -- Bossou -- Giang Nguyen -- Lam Dang
Anh Nguyen

Catatan Popular