KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kelantan Cuba Pemain Lubnan, Sepanyol

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meneruskan pemburuan mereka mencari pemain import terbaik dengan membawa pemain dari Lubnan dan Sepanyol menjalani sesi percubaan.


Menurut Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebook, Mohamad Ghaddar dan Sergio Gonzalez Soriano akan menjalani sesi percubaan bersama lima lagi pemain yang dibawa sebelum ini.

Mohamad Ghaddar ketika ini sedang mewakili pasukan dari Syria dan dikhabarkan memiliki sentuhan penyudah didepan gawang. Ghaddar juga dikhabarkan mewakili skuad kebangsaan Lebanon sejak tahun 2005 lagi.



Bagi Sergio Gonzalez, pemain ini sudah berusia 34 tahun tetapi masih boleh diharapkan untuk melakukan penyudah. Dia sedang beraksi dengan kelab Liga Sepanyol, Levante.


Turut memiliki kepakaran dalam sepakan percuma, Sergio merupakan pemain kebangsaan Sepanyol dan pernah mewakili negara tersebut sehingga ke Piala Dunia pada 2002.

Dua pemain ini dijangka akan dibawa ke Kota Bharu dalam masa terdekat untuk menjalani ujian dengan pasukan Kelantan..

Selepas itu, Peter Butler akan membuat keputusan untuk menawarkan kontrak kepada pemain mana yang dirasakan mampu membantu The Red Warriors dalam kejohanan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.


sumber: -RedsfcNews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular