KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ringkas: FAM Buat Hal Lagi.

Masih belum reda dengan kontroversi harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat hal lagi apabila dikhabarkan bakal mengenakan hukuman pengantungan berat kepada semua jurulatih pasukan Kedah.


Menurut sumber dari HijauKuning.com, ketua jurulatih mereka, Wan Jamak Wan Hassan berserta pembantu jurulatih, Ahmad Sobri dan Radhi Mat Din akan dikenakan hukuman gantung perlawanan bermula saingan Liga Malaysia 2012.

Surat rasmi pengantungan telah diterima Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), sebentar tadi, jelas sumber dari laman rasmi kelab penyokong Sang Kenari tersebut.



Paling terasa ialah Wan Jamak kerana dia dikatakan bakal menerima pengantungan 18 perlawanan manakala dua pembantu tersebut pula menerima hukuman gantung sebanyak 6 perlawanan.

Mereka bertiga sebelum ini telah mengkritik corak pengadilan perlawanan Piala Malaysia diantara Kedah dan Perak menyebabkan Hijau Kuning tersingkir seawal peringkat kumpulan

Jocip Dihantar Pulang.

Pemain import percubaan, Jocip Bonacin akan dihantar pulang oleh pihak KAFA selepas gagal memikat hati ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler.


Jocip dalam era kejurulatihan Datuk M. Karatu sebelum ini dikhabarkan bakal menandatangani kontrak dengan pasukan Kelantan selepas menampilkan persembahan baik dalam dua perlawanan persahabatan yang telah diatur.

Namun nasib tidak menyebelahi pemain ini selepas penganti Karathu tidak berminat untuk mendapatkan khidmat beliau pada musim depan.


Sepanjang menjalani tempoh percubaan dengan Sang Kijang, Jocip telah membuat dua penampilan cemerlang termasuk dinobatkan pemain terbaik perlawanan ketika menentang Pelita Jaya FC.


Menurut laporan dari sumber KAFA, dia akan dihantar pulang ke Crotia beberapa hari lagi dan perkhabaran tersebut disahkan sendiri oleh Jocip ketika mengulas "posting status" laman sosial Facebook Ultras Kelantan The Red Mania, malam tadi.

Dengan penghantaran pulang Jocip Bonacin, tinggal empat pemain sedia ada masih dalam tempoh ujian iaitu Jean Black, Chikondi Mpulula, Denny Antwi dan Emmanuel Okine

Jumaat, 28 Oktober 2011

Skuad Kelantan Hampir Lengkap.

Skuad Kelantan 2012 hampir lengkap sepenuhnya dengan tiada perubahan besar dapat dilihat pada senarai pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kelmarin.


Hampir kesemua pemain utama yang menyarung jersi Sang Kijang pada saingan Liga Malaysia tahun ini tetap setia dengan menandatangani kontrak baru untuk saingan musim depan.

Ketua pasukan, Mohd Badri Radzi bersama S. Chanturu, Rizal Fahmi, Daudsu dan Nurul Azwan Roya menamatkan spekulasi perpindahan apabila turut kekal bersama Kelantan.



Mereka juga akan diperkuatkan dengan tambahan enam pemain tempatan berstatus bintang dimana empat pemain yang dirisik sudah menyatakan persetujuan untuk mewakili gergasi Pantai Timur tersebut.

Baki dua pemain lagi masih dalam rundingan dengan pihak KAFA, setakat ini segalanya masih berjalan lancar dan kemungkinan besar mereka bersetuju untuk menerima tawaran kontrak yang dikemukakan.

Pihak KAFA turut membawa naik empat pemain dari skuad simpanan, mengetuai senarai ialah bekas pemain 2009, Zamri Ramli bersama dengan Nik Shahrul Azim, Aris Zaidi dan Khairul Izuan Rosli.

Tiga pemain import masih dalam sesi pemilihan termasuk juga dengan pemain yang bakal dipinjam dari kelab Asia, jika tiada aral segalanya bakal selesai sebelum hari raya Aidiladha tidak lama lagi.

Selepas itu, skuad penuh Kelantan akan menjalani sesi latihan dibawah pengawasan Peter Butler sebelum terbang ke luar negara untuk memulakan persiapan pra musim selama dua minggu.

Safiq, Amirul Berteka Teki.

Amirul Hadi Zainal dan Safiq Rahim masih berteka-teki pasukan mana bakal diwakili mereka pada saingan Liga Malaysia 2012.


Berdasarkan maklumat dari laman facebook rasmi masing-masing, mereka secara jelas sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Selangor tetapi terus berdiam diri bila ditanya pasukan mana akan mereka sertai pada musim depan.



Dua pemain dari Selangor kiini menjadi rebutan beberapa pasukan yang bertanding dalam Liga Super dengan Kelantan dan Perak dikhabarkan serius untuk memancing mereka kedalam pasukan masing-masing.


Menurut berita yang diterima dari sumber terdekat, Safiq dan Amirul telah ditawarkan kontrak oleh The Red Warriors serta Sang Seladang dan mereka berdua kini sedang memikirkan secara serius pasukan mana bakal mereka sertai.

Amirul Hadi dan Safiq merupakan pemain kebangsaan dan turut membantu Malaysia muncul juara dalam kejohanan Piala AFF tetapi pada tahun ini, mereka gagal membantu Selangor dan Malaysia mencatatkan sebarang kejayaan yang cemerlang.

sumber: -RedsfcNews-

Kelantan Cuba Pemain Lubnan, Sepanyol

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meneruskan pemburuan mereka mencari pemain import terbaik dengan membawa pemain dari Lubnan dan Sepanyol menjalani sesi percubaan.


Menurut Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebook, Mohamad Ghaddar dan Sergio Gonzalez Soriano akan menjalani sesi percubaan bersama lima lagi pemain yang dibawa sebelum ini.

Mohamad Ghaddar ketika ini sedang mewakili pasukan dari Syria dan dikhabarkan memiliki sentuhan penyudah didepan gawang. Ghaddar juga dikhabarkan mewakili skuad kebangsaan Lebanon sejak tahun 2005 lagi.



Bagi Sergio Gonzalez, pemain ini sudah berusia 34 tahun tetapi masih boleh diharapkan untuk melakukan penyudah. Dia sedang beraksi dengan kelab Liga Sepanyol, Levante.


Turut memiliki kepakaran dalam sepakan percuma, Sergio merupakan pemain kebangsaan Sepanyol dan pernah mewakili negara tersebut sehingga ke Piala Dunia pada 2002.

Dua pemain ini dijangka akan dibawa ke Kota Bharu dalam masa terdekat untuk menjalani ujian dengan pasukan Kelantan..

Selepas itu, Peter Butler akan membuat keputusan untuk menawarkan kontrak kepada pemain mana yang dirasakan mampu membantu The Red Warriors dalam kejohanan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.


sumber: -RedsfcNews-

Khamis, 27 Oktober 2011

Kelantan 2012 15 Kekal, 10 Gugur






Dua pemain Piala Presiden turut dipilih sertai skuad senior

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melakukan tindakan drastik apabila menggugurkan hampir separuh pemain mereka musim ini sebagai persediaan membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun depan.

Daripada 25 pemain yang didaftarkan musim ini, seramai 15 pemain tonggak utama pasukan dikekalkan manakala 10 pemain lagi yang dilihat lebih banyak berada di bangku simpanan sepanjang musim ini digugurkan oleh Kelantan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, persiapan pra-musim dilakukan cukup teliti termasuk menyusun dalam kerangka dan proses pemilihan pemain dilakukan lebih ketat bagi membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap pada musim depan.

“Pengumuman senarai awal barisan pemain Kelantan ini menamatkan spekulasi yang tersebar luas sebelum ini mengenai penghijrahan beberapa pemain tonggak utama The Red Warriors ke pasukan lain,” katanya dalam sidang media di Kafe The Red Warriors, di sini semalam.

“Kita perlu membentuk sebuah pasukan yang mantap bukan sahaja bagi menghadapi Kejohanan Piala AFC pada Mac tahun depan tetapi saingan liga yang lebih mencabar. Kejohanan Piala AFC, Liga Super dan Piala FA akan berlangsung serentak dan kita perlu menyiapkan sebuah pasukan yang kuat.

“Kita membuat keputusan untuk mengekalkan hanya 15 pemain berdasarkan penilaian prestasi yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang musim ini. Dua pemain Piala Presiden musim ini, Mohd Zamri (Ramli) dan Kapten, Nik Mohd Shahrul Azim (Ab Halim) dipilih untuk mewakili pasukan Liga Super kita pada musim depan,” katanya.

Annuar berkata, tiga pemain Piala Presiden iaitu Khairul Izuan Rosli, Mohd Izuan Salahuddin dan Mohd Aris Zaidi pula kekal bersama pasukan mereka tetapi dinaiktaraf untuk menjalani latihan bersama skuad senior Kelantan pada musim depan.

Sementara itu, Annuar juga turut mengumumkan Kelantan bakal diperkuatkan dengan kehadiran lima pemain import tempatan yang akan menyarung jersi The Red Warriors pada musim depan.

“Apa yang boleh saya katakan, empat daripada mereka sudah menamatkan rundingan dan bersetuju untuk bersama Kelantan pada musim depan. Kita tunggu Liga Malaysia berakhir pada 29 Oktober ini dan selepas itu barulah saya akan umumkan. Setakat ini biarlah ia terus menjadi spekulasi dalam kalangan penyokong kita,” katanya.

15 pemain yang dikekalkan ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shahrizan Ismail, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ab Aziz Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Mohd Nizab Ayub, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, dan Norshahrul Idlan Talaha.

Sementara 10 pemain yang digugurkan ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eroza Razali, Khairan Eruan Razali, Zul Yusri Che Harun, Muhammad Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah, Norhadi Ubaidilah selain penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi yang difahamkan akan mengumumkan persaraannya pada musim ini.

Rabu, 26 Oktober 2011

Senarai Terkini Skuad Kelantan 2012.

Senarai Pemain yang telah menandatangani
Kontrak dengan Pasukan Kelantan


Berikut adalah senarai pemain yang diumumkan TSAM dalam sidang media di Kelantan Trade Center (KTC), petang tadi.



Penjaga gol :
  • Khairul Fahmi Che Mat
  • Mohd Shahrizan Ismail
Pertahanan :
  • S. SUbramaniam
  • Farisham Ismail
  • Rizal Fahmi Rosid
  • Daudsu Jamaludin
  • Aziz Ismail
  • Zairul Fitree Ishak
Tengah :
  • Shakir Shaari
  • Badri Radzi
  • S. Chanturu
  • Mohd Izuan Salahudin
Penyerang :
  • Norshahrul Idlan Talaha
  • Ramzul Zahini Adenan
  • Nidzad Ayub
Dinaikkan dari skuad Piala Presiden :
  • Nik Shahrul Azim
  • Aris Zaidi
  • Khairul Izuan Rosli
  • Zamri Ramli
Info Lain :
  • Empat dari enam pemain luar sudah menandatangani kontrak
  • Nurul Azwan Roya masih belum tandatangan kontrak.
  • Tiga pemain import akan dipilih Butler. Jocip mungkin tidak tersenarai
  • Salah seorang import akan dipinjam dari kelab Asia.
  • Kelantan mencari seorang lagi penjaga gol untuk diserapkan.
  • Ezrie Shafizie (TRW 2009) menjalani perlawanan percubaan petang tadi
  • Amri Faizal (adik Rosairul Asrul) turut jalani percubaan petang tadi.
Pemain yang terkeluar dari senarai :
  • Wan Zaman Mustapha - Release
  • Khairan Eroza Razali - Release
  • Khairan Ezuan Razali - Release
  • Zulyusri Che Harun - Release
  • Khalid Jamlus - Release
  • Wan Rohaimi Ismail - Release
  • Norhadi Ubaidillah - Tidak sambung kontrak
  • Solehin Kanasian Abdullah - Berhijrah
  • Danial Fadzly - Berhijrah

Ringkas: Perlawanan Ujian Pemain Import.

Pihak pengurusan Kelantan mengadakan satu perlawanan ujian menentang kelab dari Kuala Krai untuk menguji pemain import terbaru yang dibawa dari Belanda, Jean Black.


Perlawanan akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu bermula jam 5 petang ini.



Paling istimewa, ketua jurulatih terbaru, Peter James Butler akan mengendalikan sesi perlawanan ujian kerana beliau diberi tanggungjawab luas memilih pemain import terbaik untuk diserapkan kedalam pasukan Kelantan pada musim depan.

Semua penyokong dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan. Tiket masuk adalah percuma.

Info Perlawanan

Kelantan [President Warriors] lwn Kuala Krai
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu
Hari: Selasa (Hari ini)
Tarikh: 25 Oktober 2011
Jam: 5 petang
**Masuk adalah Percuma**

Analisis: Pasukan The Red Warriors 2011.

The Red Warriors menamatkan musim 2011 dengan nota memberangsangkan selepas menjulang dua kejuaraan sejak mula menyertai kejohanan utama, 90 tahun dahulu.


Mereka nyata dapat mengekalkan status sebagai kuasa domestik sejak menjejakkan kaki buat kali pertama dalam Liga Super Malaysia pada tahun 2009.

Biarpun sebelum itu bergelut di liga terbawah, mereka berjaya bangkit pada tahun-tahun seterusnya dan sejak itu mula menjadi pasukan konsisten dengan pelbagai kejayaan yang sangat mengujakan hati para penyokong setia..



Tahun ini boleh dikatakan musim paling bergaya kepada pasukan Kelantan kerana dua kejuaraan, satu pingat naib johan dan suku akhir Piala Malaysia menunjukkan keseriusan TRW untuk menjadi kuasa besar Liga Malaysia.

Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super merupakan piala terbaru mengisi almari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas setahun sebelum itu memenangi Piala Malaysia.

Malah kejayaan yang diraih dalam kancah liga meletakkan mereka buat kali pertama dalam sejarah dapat mara ke kejohanan Piala AFC 2012.

Sejarah Ringkas Kelantan The Red Warriors.

Di permulaan The Red Warriors, ketua jurulatih Norizan Bakar berjaya memberi impak awal dengan saingan bertaraf domestik kepada pasukan elit lain dan selepas itu giliran Peter James Butler mengetuai pasukan sehingga berjaya menjejakkan kaki ke pentas akhir Piala FA.

Pengunduran Butler memberi ruang kepada jurulatih kontroversi, B. Sathianathan mencipta kembali nama Kelantan dalam arena bola sepak tempatan dengan kejayaan singkat seperti mara ke final Piala Malaysia tetapi tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan sebelum menjulang piala tersebut buat kali pertama setahun selepas itu.

Ketika saingan musim baru 2011 hampir membuka tirai, berita tidak enak melanda dengan pengantungan berat FAM kepada Sathia memaksa Karathu dipanggil untuk menyelamatkan pasukan. Ternyata Karathu menggunakan pengalaman yang dimiliki dengan sentuhan keramat untuk mengangkat Piala Sumbangsih tanpa ragu-ragu keatas Gergasi Merah.

Tidak lama kemudian, dia mengesahkan pula Piala Liga Super kepada Kelantan tetapi kecewa bila mana kejuaraan FA terlepas pada saat akhir ekoran kesilapan yang dilakukan para pemain yang tidak fokus.

Pada Oktober 2011 nyata hari suram buat penyokong Kelantan selepas menamatkan musim dengan penyingkiran tidak rela dari Piala Malaysia seterusnya menyebabkan pengunduran Karathu dari melatih pasukan The Red Warriors.

Apa Yang Berubah?

Kelantan pada dasarnya memiliki awal musim yang sibuk dalam pasaran perpindahan pemain apabila membawa masuk beberapa pemain kelahiran negeri untuk memperkuatkan pasukan. Meskipun kekurangan dana seperti dikhabarkan Presiden KAFA, ia tidak menghalang mereka dikaitkan dengan ramai pemain utama pasukan lain.

Namun begitu, mereka turut tidak terkecuali kehilangan beberapa tonggak utama selepas enam pemain termasuklah ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin memilih berhijrah ke kelab tetangga, T-Team bersama dengan Azizi dan Norfarhan. Pengunduran Akmal dan Hairudin kepada pasukan Perak dan Negeri Sembilan semakin memburukkan keadaan.

Nama paling besar yang dibawa masuk sudah semestinya Solehin Kanasian dari Perlis serta Nurul Azwan Roya. Tetapi pada hujung musim, dua pemain ini kehilangan sentuhan memaksa lebih banyak diberi pilihan kedua dibelakang Izuan Salahudin.

Selain mereka, Danial Fadzly dan Khalid Jamlus turut dibawa masuk sebelum pendaftaran akhir pemain dari FAM serta Wan Rohaimi bagaikan "sireh pulang ke gagang" selepas menerima tawaran KAFA setelah lama menabur bakti dengan pasukan negeri lain.

Turut mengiringi mereka ialah Aziz Ismail, pemain muda kelahiran Kelantan yang sedang meningkat naik ketika dibawah asuhan KL Plus.

Dari segi pemergian pemain, ketiadaan Indra Putra, Farhan, Azizi, Hairudin dan Akmal nyata menjadi masalah besar. Perpindahan mereka memberikan kesan kepada corak permainan Kelantan tetapi mujurlah tindakan pantas yang dilakukan KAFA membantu Karathu membina skuad sedia ada menjadi Sang Juara mutlak Liga Malaysia.

Dengan Norshahrul Idlan, Subramaniam, Chanturu, Badri dan Shakir terus bersama pasukan, rombakan pasukan pada awal musim akhirnya membuahkan hasil terbaik membawa Kelantan ke puncak kejayaan seperti mana dimiliki saat ini.

Perpindahan Masuk

Nurul Azwan Roya - Johor FC
Wan Rohaimi Ismail - Johor FC
Solehin Kanasian Abdullah - Perlis
Danial Fadzly Abdullah - ATM
Aziz Ismail - KL Plus
Nicholas Chan - Cardiff City
Norhadi Ubaidillah - Agen Bebas
Khalid Jamlus - Agen Bebas
Khairan Ezuan Razali - Agen Bebas

Perpindahan Keluar

Syed Adney - Sabah [Loan]
Indra Putra Mahayudin - T-Team [Percuma]
Norfarhan Mohamed - T-Team [Percuma]
Azizi Mat Rose - T-Team [Percuma]
Hairudin Omar - Negeri Sembilan [Percuma]
Akmal Rizal - Perak [Percuma]
Che Hishamudin - Betaria FC [Percuma]
Hanif Mohd Nor - Betaria FC [Percuma]
Sharudy Aziz - Bersara

Pemain Pilihan
RedsfcNews [Pilihan Pengunjung]

Pemain Terbaik Musim : Norshahrul Idlan Talaha [2048 Undian]
Pemain Muda Terbaik Musim : Mohd Izuan Salahudin [1982 Undian]
Pembelian Terbaik : Nurul Azwan Roya [2190 Undian]
Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat [2301 Undian]
Pemain Pertahanan Terbaik : S. Subramaniam [1786 Undian]
Pemain Tengah Terbaik : Nurul Azwan Roya [2309 Undian]
Penyerang Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha [2315 Undian]

Anugerah Pemain

Penjaring Terbanyak : Norshahrul Idlan Talaha
Hantaran Terbanyak (Assist) : Mohd Badri Radzi

Pencapaian Pasukan

Juara Piala Sumbangsih
Juara Liga Super
Naib Juara Piala FA
Suku Akhir Piala Malaysia
Juara Piala Shahidan Kassim
Piala AFC
Juara Piala Presiden [Liga Simpanan]

By: RedsfcNews

Ahad, 23 Oktober 2011

Ringkas: Azizi Cetus Spekulasi.

Azizi Mat Rose mencetuskan spekulasi bakal kembali menyertai The Red Warriors sempena saingan Liga Malaysia pada musim 2012.


Sebelum ini heboh khabar angin mengatakan dia bersama dua lagi pemain, Indra Putra dan Norfarhan telah menerima tawaran dari pihak pengurusan KAFA untuk beraksi dengan skuad Kelantan.

Desas desus itu semakin bertiup kencang selepas Azizi mengutarakan status rindu kepada negeri yang telah menaikkan kembali nama beliau di persada sukan tanahair.



Siapa tahu, pemain yang telah mencetuskan kontroversi perpindahan pada awal musim mungkin berbalik semula dengan menyertai Sang Kijang.


Khidmat Azizi boleh dikatakan amat diperlukan pasukan Kelantan seandainya barisan pertahanan terkini diambil kira.

Kelajuan, bentesan bersih dan tidak pernah kenal erti lelah ketika mengawal bahagian pertahanan mungkin dapat membantu Kelantan memperbaiki sedikit kelemahan sementelah pula pada musim depan Sang Kijang banyak beraksi dalam perlawanan kompetetif.

Justeru itu, kehadiran semula bekas pemain yang membantu The Red Warriors menjadi pasukan terkuat beberapa tahun dahulu mungkin akan memberikan banyak pilihan kepada jurulatih untuk memilih pemain terbaik untuk setiap perlawanan

Ringkas: Peter Butler Sah Bimbing Kelantan.

Peter James Butler sah mengantikan Datuk M. Karathu selaku ketua jurulatih Kelantan pada musim 2012.


Menurut Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media sebentar tadi, Butler akan membimbing Kelantan pada musim depan dibantu oleh Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsudin manakala Hashim Mustapha diturunkan menjadi jurulatih Piala Presiden bersama dengan Nafuzi Zain.



Butler tidak asing dengan skuad Kelantan dimana beliau pernah membimbing The Red Warriors sehingga berjaya melayakkan diri buat kali pertama ke perlawanan akhir Piala FA tetapi bertindak meninggalkan Sang Kijang sebelum Piala Malaysia bermula.

Peninggalan Butler memaksa KAFA memujuk B. Sathianathan untuk membimbing Kelantan sehingga mampu muncul juara kali pertama setahun selepas itu.

Badri, Chanturu Kekal Di Kelantan?

Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi dan pemain sayap, S. Chanturus udah hampir pasti terus kekal bersama Kelantan pada musim depan.


Dikhabarkan dari sumber KAFA, dua pemain ini telah menandatangani kontrak baru sehingga tahun 2013 untuk beraksi bersama The Red Warriors.

Sebelum ini, timbulnya khabar tidak enak dimana dua pemain ini dilaporkan bakal menyertai gergasi Merah Kuning selepas menerima tawaran menarik dari pihak pengurusan Selangor.



Mohd Badri Radzi pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor pada musim lepas namun tidak mendapat restu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Begitu juga dengan S. Chanturu, dia dikhabarkan telah menerima tawaran menarik dari pasukan yang berpangkalan di Shah Alam tersebut pada musim depan tetapi mungkin terpaksa melupakan niat berdasarkan kontrak terkini.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Rumours TRW 2012.

Berikut adalah khabar angin perpindahan keluar dan masuk kedalam pasukan Kelantan sempena saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2012.


Ini adalah senarai pemain keluar masuk yang sempat RedsfcNews dapatkan untuk info kita bersama.



In

  • Norfarhan Mohamad (T-Team) - Telah menerima tawaran kontrak
  • Amirul Hadi Zainal (Selangor) - Telah menerima tawaran kontrak
  • Safiq Rahim (Selangor) - Telah menerima tawaran kontrak
  • Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur) - Telah menerima tawaran kontrak
  • Azmi Muslim (Kedah) - Ajakan B. Sathianathan sebelum perpindahan ke ATM
  • Wan Zaharul Nizam (Harimau Muda A)
  • Nizarudin Yusof (Felda United)

* Ada dua pemain Harimau Muda dikhabarkan akan menyertai Kelantan pada musim depan - Info dari risikan dengan Pengurus Pasukan (Shamil10)*

Out

  • Khalid Jamlus - Comfirm
  • Solehin Kanasian Abdullah - Comfirm
  • Danial Fadzly - ATM
  • Zulyusri Che Harun - Release
  • Wan Zaman Mustapha - Release
  • Khairan Eroza - Release
  • Halim Napi - Release
  • Nidzad Ayub - Loan
  • Khairan Ezuan - Loan
  • Norhadi Ubaidillah - Transfer Out.

Rumours ini dikutip berdasarkan perbincangan dengan sumber-sumber dekat dengan KAFA dan rakan blogger's lain yang boleh dipercayai.

Jangan percaya 100% dengan rumours yang dikeluarkan selagi tiada pengesahan rasmi dari pihak KAFA.

Pemain T-Team Masuk TRW 2012.

Beberapa pemain utama pasukan kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu, T-Team FC dilaporkan akan menyertai Kelantan pada musim depan.


Menurut sumber yang boleh dipercayai, rundingan sedang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membawa mereka menyertai The Red Warriors.

Segalanya masih awal tetapi rundingan telah dijalankan dengan pemain tersebut dan pihak pengurusan berharap dapat membawa mereka menyertai pasukan sebelum tarikh tutup pendaftaran pasukan pada bulan depan.


Menurut sumber itu lagi, Kelantan memerlukan skuad besar untuk menyertai pelbagai kejohanan dan perlawanan penting yang bakal diatur sempena Liga Malaysia dan juga kejohanan antarabangsa.

Justeru itu, kehadiran pemain terbaik dilihat satu langkah utama KAFA untuk menjadikan Kelantan antara pasukan berdaya saing seterusnya mencapai kegemilangan pada musim hadapan

Catatan Popular