KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 4 Julai 2011

Malaysia tewas...Namun mara kepusingan kedua

Keputusan Penuh :

Taiwan 3

Malaysia 2(Aidil,Safiq)

Malaysia terpaksa akur dengan 'kehebatan' pemain-pemain amatur Taiwan malam ini apabila kecundang 3-2 pada aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.Walaupun tewas Malaysia berjaya mara kepusingan kedua apabila agregat 4-4 yang diperolehi dengan kelebihan dua gol ditempat lawan dan bakal bertemu Singapura pada 23 dan 28 julai ini.Perlawanan pertama di Stadium Nasional sabtu lalu menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Taiwan 2-1.

Penjaga gol Malaysia,Sharbinee menjadi wira apabila berjaya menepis salah satu dari tiga penalti yang diberikan oleh pengadil cabuk dari Vietnam.Kemaraan kepusingan kedua ini menjadi inspirasi agar pasukan yang terkenal dengan jolokan Harimau Malaya ini terus mempamerkan aksi yang lebih mantap lagi.

Tahniah kepada skuad K.Rajagopal,anda kebanggaan kami!!!

Sabtu, 2 Julai 2011

Stadium khusus untuk bola sepak di Kelantan

PEMINAT dan penyokong setia bola sepak Kelantan bakal menyaksikan pasukan mereka beraksi di stadium yang dibina khusus untuk perlawanan bola sepak sekiranya permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan peruntukan bagi membina stadium baru itu diluluskan oleh kerajaan Pusat.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) memberitahu, segala perincian telah pun hampir siap dan kini pihaknya berada di fasa terakhir untuk mengkaji beberapa aspek lagi mengenai pembinaan sebuah stadium yang berkapasiti 30,000 penyokong.

Menurutnya, tanah seluas hampir 16 hektar sudah dikenal pasti oleh pihaknya di sekitar kawasan Tunjong kira-kira lima kilometer dari bandar Kota Bharu yang dianggap paling sesuai untuk dijadikan tapak stadium.

“Pada dasarnya kita mempunyai dua cadangan tapak iaitu satu di Kampung Gading Galoh, Machang dan satu lagi di Tunjong. Tapi kita kini sedang memfokuskan tapak di Tunjong kerana ia hampir dengan Kota Bharu.

“Stadium yang akan dibina nanti adalah khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja di mana standardnya sesuai untuk perlawanan domestik dan antarabangsa selain dibina dengan berbumbung,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, KAFA hanya memohon bantuan kewangan untuk pembinaan sahaja manakala pihaknya bersedia memikul tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan stadium tersebut kelak tanpa meminta bantuan pihak kerajaan.

Katanya, sebelum ini pihaknya bercadang untuk mengambil alih atau memajak Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSM IV) yang menjadi venue perlawanan melibatkan pasukan Kelantan sebelum ini namun, permohonan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri.

“Memang SSM IV menjadi pilihan pertama kita kerana sebelum ini juga kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kos untuk menaik tarafnya hanya menelan belanja sekitar RM6 juta sahaja namun, ia tidak menjadi kenyataan.

“Kerja-kerja menaik taraf juga hanya memerlukan masa yang lebih singkat berbanding membina sebuah stadium baru. Bagaimanapun, selepas permohonan tersebut ditolak kita optimis untuk memohon bantuan kerajaan Pusat dan ia akan dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10),” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Annuar berkata, KAFA telah menghantar sepasukan pegawai yang terlibat untuk meneliti serta membuat pemerhatian terhadap beberapa buah stadium di Eropah termasuk Cardiff City, Stamford Bride dan Emirates sebagai rujukan dalam pembinaan stadium baru tersebut.

Info Pusingan pertama perlawanan timbal balik Taiwan vs Malaysia

Taiwan vs Malaysia
Taipei Municipal Stadium
3 Julai 2011
6.45 petang waktu malaysia
Siaran Langsung TV2 dan Astro Arena

Jika Malaysia layak ke pusingan kedua lawan yang bakal menanti adalah Singapura..Perlawanan pertama akan diadakan di Singapura pada 23 Julai ini dan timbal balik pada 28 julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jumaat, 1 Julai 2011

Info Piala Presiden : Kelantan ke Separuh Akhir

Kelantan layak ke separuh akhir Piala Presiden dengan agregat 3-2,Walaupun anak didik Zahasmi tewas 2-1 di Johor Bharu kelmarin,bekalan dua gol ketika aksi pertama di Kota Bharu sudah memadaii buat skuad TRW junior ini.Kelantan akan berdepan Selangor PKNS khamis ini manakala SSBJ akan menentang MP Muar.
.
Tahniah..

Catatan Popular